Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian IV · Maklumat Kepada Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Kuasa Mereka untuk Menyiasat
55. Tatacara
Feedback & supportApabila maklumat yang disebut dalam seksyen 54 adalah berhubungan dengan pelakuan sesuatu kesalahan tak boleh tangkap, pegawai yang kepadanya ia diberikan hendaklah merujukkan pemberi maklumat itu kepada seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah.
Tiada Pegawai Penguat Kuasa Agama boleh, dalam sesuatu kes yang melibatkan kesalahan tak boleh tangkap, menjalankan mana-mana kuasa khas berhubungan dengan penyiasatan yang diberikan oleh Bab ini tanpa perintah Ketua Pendakwa Syarie.
Mana-mana Pegawai Penguat Kuasa Agama yang menerima perintah sedemikian boleh menjalankan kuasa berkenaan dengan penyiasatan yang diberikan di bawah Bab ini kecuali kuasa untuk menangkap tanpa waran.
Tatacara Jenayah Syariah 43
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)