Seksyen 58
Kuasa untuk menghendaki kehadiran saksi
of Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
Seseorang Pegawai Penguat Kuasa Agama yang membuat sesuatu penyiasatan di bawah Bab ini boleh, melalui perintah bertulis, menghendaki supaya hadir di hadapannya mana-mana orang yang berada di dalam Wilayah Persekutuan di mana dia sedang membuat suatu penyiasatan yang, daripada maklumat yang diberikan atau selainnya, didapati mengetahui hal keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian.
(2)
Jika mana-mana orang itu enggan hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian, Pegawai Penguat Kuasa Agama itu boleh melaporkan keengganan itu kepada seorang Hakim yang boleh sesudah itu menurut budi bicaranya mengeluarkan waran untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh
Pegawai Penguat Kuasa Agama itu.