Seksyen 57
Tatacara jika kesalahan boleh tangkap disyaki
of Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
Jika daripada maklumat yang diterima atau selainnya seseorang Pegawai Penguat Kuasa Agama mempunyai sebab untuk mengesyaki pelakuan sesuatu kesalahan boleh tangkap maka dia hendaklah, melainkan jika kesalahan itu adalah daripada jenis yang telah diarahkan oleh Ketua Pendakwa Syarie tidak perlu dilaporkan kepadanya, dengan serta-merta menghantar suatu laporan mengenai maklumat itu kepada Ketua Pendakwa Syarie, dan hendaklah pergi sendiri atau hendaklah mempertanggungjawabkan seorang daripada pegawai bawahannya pergi ke tempat kesalahan itu dilakukan untuk menyiasat fakta dan hal keadaan kes itu dan untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu bagi penemuan pesalah itu:
Dengan syarat bahawa—
(a)
apabila apa-apa maklumat tentang pelakuan mana-mana kesalahan sedemikian diberikan terhadap mana-mana orang yang disebut namanya dan jenis kes itu tidak berat,
Pegawai Penguat Kuasa Agama yang menerima maklumat itu tidak perlu pergi sendiri atau mempertanggungjawabkan seorang pegawai bawahan untuk membuat siasatan pada masa itu juga;
(b)
jika didapati oleh Pegawai Penguat Kuasa Agama yang menerima maklumat itu bahawa tiada alasan yang mencukupi untuk bertindak atau bertindak selanjutnya
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
dalam perkara itu, maka dia tidaklah boleh berbuat demikian.
(2)
Dalam setiap kes yang disebut dalam perenggan (1)(a) dan
(1)
, Pegawai Penguat Kuasa Agama yang menerima maklumat itu hendaklah menyatakan dalam laporannya, jika ada, sebab-sebab dia tidak mematuhi subseksyen (1) dengan sepenuhnya.