Skip to content

Seksyen 64

Pegawai Penguat Kuasa Agama boleh menghendaki bon kehadiran pengadu dan saksi

of Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997

ActIn forceProvision 64 of 231
Seksyen 64
(1)

Jika berdasarkan suatu penyiasatan yang dibuat di bawah

Bab ini, didapati oleh pegawai yang membuat penyiasatan itu bahawa ada keterangan yang mencukupi atau alasan yang menimbulkan syak yang munasabah yang mewajarkan prosiding jenayah dimulakan atau diteruskan terhadap mana-mana orang, pegawai itu hendaklah menghendaki pengadu itu, jika ada, dan seberapa banyak orang lain yang didapati oleh pegawai itu mengetahui hal keadaan kes itu, sebagaimana yang difikirkannya perlu, menyempurnakan suatu bon

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 560

untuk hadir di hadapan Mahkamah yang disebut dalamnya dan memberikan keterangan dalam perkara pertuduhan terhadap tertuduh.

(2)

Pegawai yang di hadapannya bon itu disempurnakan hendaklah menghantar bon itu kepada Mahkamah.

(3)

Jika mana-mana pengadu atau saksi enggan menyempurnakan bon itu, pegawai itu hendaklah melaporkan keengganan itu kepada

Mahkamah yang boleh sesudah itu, menurut budi bicaranya, mengeluarkan suatu saman atau waran untuk memastikan kehadiran pengadu atau saksi itu di hadapannya untuk memberikan keterangan dalam perkara pertuduhan terhadap tertuduh.