Skip to content

Seksyen 72

Hakim mengambil perhatian tentang kesalahan

of Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997

ActIn forceProvision 72 of 231
Seksyen 72
(1)

Tertakluk kepada Akta ini, seorang Hakim boleh mengambil perhatian tentang sesuatu kesalahan—

(a)

apabila dia menerima suatu aduan sebagaimana yang ditakrifkan oleh Akta ini;

(b)

berdasarkan pengetahuannya sendiri dan dengan keterangan yang menyokong bahawa kesalahan itu telah dilakukan;

(c)

apabila mana-mana orang dibawa ke hadapannya dalam jagaan tanpa proses dan dituduh melakukan suatu

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 560

kesalahan yang Hakim itu mempunyai bidang kuasa untuk membicarakannya.

(2)

Apabila seorang Hakim mengambil perhatian tentang sesuatu kesalahan di bawah perenggan (1)(b), tertuduh atau, apabila terdapat beberapa orang yang dituduh, mana-mana seorang daripada mereka adalah berhak menghendaki supaya kes itu tidak dibicarakan oleh

Hakim itu tetapi hendaklah dibicarakan oleh seorang Hakim yang lain.