Skip to content

Seksyen 89

Tiga kesalahan yang sama jenisnya dalam tempoh dua belas bulan boleh dipertuduh bersama

of Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997

ActIn forceProvision 89 of 231
Seksyen 89
(1)

Apabila seseorang dituduh melakukan kesalahan yang sama jenisnya dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh kesalahan itu mula-mula dilakukan, sama ada berkenaan dengan orang yang sama atau tidak, dia boleh dipertuduh dan dibicarakan pada satu perbicaraan bagi apa-apa bilangan kesalahan itu yang tidak melebihi tiga.

(2)

Kesalahan adalah disifatkan sama jenisnya apabila kesalahan itu boleh dihukum di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang sama yang sedang berkuat kuasa.