Seksyen 74
Pemeriksaan pengadu
of Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
ActIn forceProvision 74 of 231
Seksyen 74
(1)
Apabila seseorang Hakim mengambil perhatian tentang sesuatu kesalahan apabila diadukan, dia hendaklah dengan serta-merta memeriksa pengadu itu yang bersumpah mengikut Borang 6 Jadual
Kedua, dan isi pemeriksaan itu hendaklah diubah ke dalam bentuk bertulis dan hendaklah ditandatangani oleh pengadu itu dan juga oleh
Hakim itu.
(2)
Seksyen ini tidaklah terpakai bagi aduan mengenai sesuatu kesalahan jika saman dipohon dalam suatu kes saman yang dibuat oleh seorang Pegawai Penguat Kuasa Agama.
Penangguhan pengeluaran proses