Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian V · Prosiding dalam Pendakwaan
87. Memanggil semula saksi apabila pertuduhan dipinda atau ditambah
Feedback & supportApabila sesuatu pertuduhan dipinda atau ditambah oleh
Mahkamah selepas perbicaraan bermula, Pendakwa dan tertuduh
Tatacara Jenayah Syariah 57
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
hendaklah dibenarkan memanggil semula atau menyaman semula dan memeriksa, dengan merujuk kepada pindaan atau penambahan itu, mana-mana saksi yang telah diperiksa, dan boleh juga memanggil apa-apa keterangan selanjutnya yang mungkin material.