Skip to content
In forceUpdated to 5 Oct 2024Read it in English

Bahagian VI · Nama Firma

39. Permohonan bagi pendaftaran nama firma

Feedback & support
(1)

Mana-mana Peguam Syarie yang berhasrat untuk menubuhkan firma hendaklah memohon kepada Majlis Peguam Syarie bagi pendaftaran dan kelulusan nama firma.

(2)

Permohonan di bawah subseksyen (1) termasuklah—

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 814

(a)

nama firma yang dicadangkan;

(b)

nama Peguam Syarie dan pekongsi, jika berkenaan;

(c)

alamat utama atau mana-mana alamat lain firma yang dicadangkan; dan

(d)

butir-butir lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Majlis

Peguam Syarie.

(3)

Majlis Peguam Syarie boleh, setelah menerima permohonan di bawah subseksyen (1)—

(a)

mengeluarkan perakuan pendaftaran; dan

(b)

meluluskan nama firma yang dicadangkan.

(4)

Majlis Peguam Syarie boleh menolak suatu perakuan bagi pendaftaran atas alasan bahawa nama firma yang dicadangkan itu memperdayakan atau mungkin menjadi terkeliru dengan nama firma lain yang telah didaftarkan.

(5)

Mana-mana Peguam Syarie yang tidak puas hati dengan keputusan

Majlis Peguam Syarie boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi Syariah.

(6)

Mana-mana

Peguam

Syarie yang tidak mematuhi subseksyen (1) hendaklah tertakluk pada prosiding tatatertib.

Report

Bahagian VII

Wilayah-Wilayah Persekutuan

Bahagian VIII

Amalan, Etika, Kelakuan dan Tatatertib Profesional Peguam Syarie

Bahagian IX

Prosiding Tatatertib

Bahagian X

Kumpulan Wang Tatatertib

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules