Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 · Updated to 5 Oct 2024 · Bahagian V · Hak dan Keistimewaan Peguam Syarie
33. Hak dan keistimewaan Peguam Syarie
Feedback & supportTertakluk pada Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis lain, Peguam Syarie hendaklah mempunyai hak eksklusif untuk hadir dan berhujah bagi pihak anak guamnya dalam semua mahkamah syariah di Wilayah-Wilayah Persekutuan mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa di mahkamah syariah itu dan semua Peguam Syarie mempunyai hak dan keistimewaan yang sama tanpa perbezaan.
Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Bahagian ini boleh menyentuh hak—
pegawai syariah, Pendakwa Syarie dan orang berkelayakan lain yang dilantik secara sementara untuk melaksanakan kewajipan pegawai undang-undang atau pegawai syariah untuk mewakili
Kerajaan dalam mana-mana mahkamah syariah, dengan syarat bahawa seseorang itu beragama Islam; dan
Ketua Pengarah Bantuan Guaman atau mana-mana orang yang dilantik untuk membantu Ketua Pengarah Bantuan Guaman di bawah seksyen 3 Akta Bantuan Guaman 1971 [Akta 26] yang bertindak dalam melaksanakan kewajipannya.