Skip to content
In forceUpdated to 5 Oct 2024Read it in English

Bahagian IV · Perakuan Amalan Tahunan

28. Pengesahan Sokongan

Feedback & support
(1)

Mana-mana Peguam Syarie yang berhasrat untuk memohon bagi suatu Perakuan Amalan Tahunan hendaklah memohon bagi suatu Pengesahan

Sokongan daripada Majlis Peguam Syarie mengikut cara yang ditentukan oleh Majlis Peguam Syarie.

(2)

Majlis Peguam Syarie hendaklah, dalam masa dua puluh satu hari selepas menerima permohonan di bawah subseksyen (1), mengeluarkan

Pengesahan Sokongan itu kepada Peguam Syarie itu jika—

(a)

Majlis Peguam Syarie berpuas hati bahawa Peguam Syarie itu tidak dilarang daripada memegang suatu Perakuan Amalan

Tahunan di bawah seksyen 30;

(b)

Peguam Syarie itu telah mengemukakan atau telah dikecualikan daripada mengemukakan suatu laporan akauntan di bawah Akta ini;

(c)

Peguam

Syarie itu tidak berhutang berkenaan dengan apa-apa fi atau levi yang kena dibayar kepada Majlis Peguam

Syarie di bawah Akta ini; dan

(d)

Peguam Syarie itu berhasrat untuk menjalankan amalan di bawah suatu nama firma yang diluluskan di bawah seksyen 39.

(3)

Suatu prosiding tatatertib boleh diambil terhadap mana-mana Peguam

Syarie jika dalam, atau berhubung dengan, suatu permohonan di bawah seksyen ini, dia membuat suatu pernyataan palsu yang material kepada permohonan itu.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 814

Report

Bahagian V

Hak dan Keistimewaan Peguam Syarie

Bahagian VI

Nama Firma

Bahagian VII

Wilayah-Wilayah Persekutuan

Bahagian VIII

Amalan, Etika, Kelakuan dan Tatatertib Profesional Peguam Syarie

Bahagian IX

Prosiding Tatatertib

Bahagian X

Kumpulan Wang Tatatertib

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules