Skip to content
In forceUpdated to 5 Oct 2024Read it in English

Bahagian VII · Wilayah-Wilayah Persekutuan

42. Penubuhan Badan Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan

Feedback & support
(1)

Suatu pertubuhan perbadanan yang dinamakan Badan Peguam

Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan ditubuhkan.

(2)

Badan Peguam Syarie hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan.

(3)

Badan Peguam Syarie boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanannya.

(4)

Tertakluk pada dan bagi maksud Akta ini, Badan Peguam Syarie boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya patut—

(a)

membuat kontrak;

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 814

(b)

memperoleh, membeli, mengambil, memegang atau menikmati, mengikut mana-mana yang berkenaan, apa-apa harta, hak, faedah, kewajipan dan liabiliti, dalam apa-apa perihalan pun;

(c)

memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, memajakkan, menyerahhakkan semula, memindah milik atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau tak alih atau apa-apa kepentingan mengenai harta itu yang terletak hak pada Badan Peguam Syarie;

(d)

melaburkan apa-apa wang Badan Peguam Syarie dalam apa-apa pelaburan patuh syariah yang dibenarkan bagi pelaburan wang amanah oleh mana-mana undang-undang bertulis; dan

(e)

meminjam wang bagi maksud yang Badan Peguam Syarie fikirkan wajar dan bagi maksud itu boleh mencagarkan mana-mana harta tak alih yang terletak hak pada Badan Peguam Syarie itu.

Report

Bahagian VIII

Amalan, Etika, Kelakuan dan Tatatertib Profesional Peguam Syarie

Bahagian IX

Prosiding Tatatertib

Bahagian X

Kumpulan Wang Tatatertib

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules