Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2014Read it in English

Bahagian III · Pegawai, Pekhidmat dan Ejen Lembaga

13. Pelantikan pegawai, pekhidmat, ejen, penasihat, dsb

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah seksyen 14 dan 15, Lembaga boleh dari semasa ke semasa—

(a)

melantik dan mengambil kerja atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Lembaga mana-mana orang untuk menjadi pengarah urusan, pengarah eksekutif, pengurus besar dan mana-mana pegawai dan pekhidmat lain yang perlu untuk menjalankan maksud Akta ini; dan

Undang-Undang Malaysia 18

(b)

menjalankan kawalan tatatertib ke atas pegawai dan pekhidmatnya.

(2)

Lembaga boleh mengambil kerja dan membayar ejen dan penasihat teknik termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur atau penilai atau orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki supaya dijalankan atau dilakukan pada melaksanakan fungsinya atau bagi melaksanakan dengan lebih baik maksud Akta ini, dan boleh membayar daripada Kumpulan

Wang segala caj dan belanja yang dilakukan sedemikian.

(3)

Lembaga boleh melalui surat cara di bawah meterainya melantik mana-mana orang sama ada di Malaysia atau mana-mana tempat di luar Malaysia untuk menjadi wakilnya dan orang yang dilantik sedemikian boleh, tertakluk kepada terma surat cara itu, melakukan apa-apa perbuatan atau melaksanakan apa-apa kuasa atau fungsi yang dia diberi kuasa oleh surat cara itu untuk melakukannya atau melaksanakannya.

Report

Bahagian IV

Kewangan

Bahagian V

Pengelola Jemaah Haji

Bahagian VI

Jemaah Haji

Bahagian VII

Pelbagai

Bahagian VIII

Pemansuhan dan Peralihan

Schedules