Tabung Haji Act 1995 · Updated to 1 May 2014 · Bahagian III · Pegawai, Pekhidmat dan Ejen Lembaga
14. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan dan tatatertib
Feedback & supportLembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan
Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmatnya dan berkenaan dengan tatatertib pegawai dan pekhidmatnya.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini berkenaan dengan tatatertib pegawai dan pekhidmat. Lembaga boleh mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan membuat peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat, dan boleh termasuk peruntukan bagi—
penahanan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain; atau
penggantungan tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga semasa menanti keputusan prosiding tatatertib terhadapnya.
Tabung Haji 19