Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2014Read it in English

Bahagian V · Pengelola Jemaah Haji

28. Permohonan lesen dan pengeluaran lesen

Feedback & support
(1)

Sesuatu permohonan bagi mendapatkan lesen pengelola jemaah haji hendaklah dibuat kepada Lembaga secara bertulis mengikut cara yang ditetapkan.

(2)

Lembaga boleh menghendaki seseorang pemohon bagi lesen pengelola jemaah haji supaya memberikan apa-apa maklumat atau dokumen tambahan sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud menentukan permohonan itu.

Undang-Undang Malaysia 26

(3)

Lembaga boleh, selepas menimbangkan sesuatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan apa-apa maklumat atau dokumen tambahan yang diberikan menurut sesuatu kehendak di bawah subsekyen (2), mengeluarkan kepada pemohon suatu lesen pengelola jemaah haji apabila dibayar fi yang ditetapkan dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat, jika ada, sebagaimana yang difikirkannya patut atau boleh, jika disifatkannya patut, enggan mengeluarkan lesen sedemikian tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.

(4)

Tiap-tiap lesen pengelola jemaah haji hendaklah, melainkan jika dibatalkan atau digantung terlebih dahulu, terus berkuat kuasa selama tempoh yang dinyatakan dalam lesen itu.

Report

Bahagian VI

Jemaah Haji

Bahagian VII

Pelbagai

Bahagian VIII

Pemansuhan dan Peralihan

Schedules