Skip to content

Seksyen 32

Pengeluaran tiket kepada jemaah haji

of Akta Tabung Haji 1995

ActIn forceProvision 32 of 59
Seksyen 32
(1)

Tiap-tiap pengelola jemaah haji hendaklah mengeluarkan atau menyebabkan dikeluarkan kepada seseorang jemaah haji yang perjalanannya ke Tanah Suci dikelolakan olehnya suatu tiket udara pergi balik bagi perjalanan jemaah haji itu ke Tanah

Suci dan pulang dari Tanah Suci.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), sesuatu tiket bagi perjalanan balik tidak perlu dikeluarkan kepada mana-mana jemaah haji yang mengemukakan kebenaran bertulis seperti yang tersebut dalam seksyen 33.

(3)

Tiap-tiap tiket yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)

hendaklah dikeluarkan dalam masa yang akan membolehkan jemaah haji yang kepadanya tiket itu dikeluarkan untuk menunaikan haji.

(4)

Mana-mana pengelola jemaah haji yang melanggar subseksyen (1) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(5)

Walau apa pun apa-apa penalti di bawah subseksyen (4),

Lembaga adalah berhak, jika seseorang pengelola jemaah haji tidak mematuhi subseksyen (1), membuat perkiraan bagi pembelian tiket untuk perjalanan balik seseorang jemaah haji dan pengelola jemaah haji itu hendaklah bertanggungan bagi dan menanggung segala kos yang dilakukan baginya dan hendaklah menanggung rugi Lembaga bagi kos itu apabila dituntut.