Seksyen 33
Seksyen 33
Ketua Pengarah boleh melalui notis secara bertulis menghendaki mana-mana pengendali memberi kepadanya apa-apa maklumat atau hadir di hadapannya, melalui mana-mana pengarah, pegawai atau wakil pengendali sebagaimana yang ditetapkannya dalam notis itu, tentang apa-apa perkara yang berhubungan dengan apa-apa perniagaan yang dijalankan oleh pengendali itu jika pada pendapat Ketua Pengarah maklumat atau kehadiran itu adalah perlu bagi maksud maksud Akta ini.
(4)
Jika seseorang tidak mematuhi mana-mana kehendak di bawah subseksyen (1) atau (2) atau enggan membenarkan pemeriksaan dijalankan oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen (3), dia adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua belas ribu ringgit.