Skip to content

Seksyen 35

of Akta Takaful 1984

ActRepealedProvision 35 of 68

Seksyen 35

(1)

Tiada seorang pun boleh menjalankan perniagaan takaful di Malaysia sebagai ejen takaful bagi seseorang pengendali yang tidak berkelayakan di bawah Akta ini untuk menjalankan perniagaan yang dipersoalkan di Malaysia; dan seorang yang melanggar subseksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dengan ditambah sebanyak empat ribu ringgit bagi tiap-tiap satu hari yang dia dibuktikan telah melakukan kesalahan itu, atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (3), tiada broker takaful boleh, semasa menjalankan urusannya sebagai sedemikian, merundingi apa-apa kontrak takaful dengan seseorang pengendali selain daripada pengendali yang berkelayakan di bawah Akta ini untuk menjalankan urusan yang dipersoalkan itu di Malaysia, dan tiada seorang pun di Malaysia boleh mensolisit perniagaan takaful bagi pengendali yang tidak berkelayakan untuk menjalankan perniagaan itu di Malaysia; dan seseorang yang melanggar subseksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi lapan ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(3)

Sebutan-sebutan dalam subseksyen (2) mengenai kontrak takaful dan perniagaan takaful tidaklah terpakai bagi takaful semula.

(4)

Seksyen 33 hendaklah terpakai bagi ejen takaful dan broker takaful.