Seksyen 29
Seksyen 29
(a) Dalam sesuatu kes di mana, di bawah seksyen 39 atau 42 Akta Syarikat 1965, adalah menyalahi undang-undang untuk mengeluar, mengedar atau membahagikan suatu prospektus berhubungan dengan suatu syarikat tanpa satu salinannya dihantar terlebih dahulu untuk pendaftaran di bawah Akta itu, adalah juga menyalahi undang-undang, dalam hal sesuatu syarikat yang didaftarkan atau yang dicadang untuk didaftarkan sebagai pengendali di bawah Akta ini, melakukan sedemikian tanpa prospektus itu diizinkan oleh Ketua Pengarah; dan mana-mana orang yang dengan diketahuinya bertanggungjawab atas pengeluaran, pengedaran atau pembahagian sesuatu prospektus yang melanggar subseksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit.
(b)
Dalam subseksyen ini "prospektus" termasuklah apa-apa dokumen yang mana ungkapan itu terpakai dalam seksyen 39 atau 42 yang tersebut itu.
(2)
Jika notis, iklan atau lain-lain penerbitan rasmi sesuatu syarikat yang didaftarkan atau yang dicadang untuk didaftarkan sebagai pengendali di bawah Akta ini, mengandungi suatu pernyataan mengenai modal syer syarikat yang dibenarkan, dan tidak menyatakan di dalamnya banyak mana modal yang telah dicarum dan yang telah dibayar, syarikat itu adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi empat ribu ringgit.