Town Planners Act 1995 · Updated to 1 Mar 2011 · Bahagian III · Pendaftaran Perancang Bandar
13. Hak
Feedback & supportTiap-tiap Perancang Bandar berdaftar berhak—
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 538
menyediakan rancangan pemajuan seperti rancangan struktur dan rancangan tempatan bagi maksud Akta
Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172];
menjalankan kajian perancangan pembangunan bandar, luar bandar dan wilayah, dan kajian kebolehlaksanaan dan penilaian kesan alam sekitar berhubungan dengan kegunaan tanah; dan
menyediakan dan mengemukakan permohonan kebenaran merancang, susun atur pecah bahagian, lakaran dan laporan perancangan kepada mana-mana orang atau pihak berkuasa awam bagi maksud membangunkan mana-mana tanah.
Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh menjejaskan hak mana-mana orang lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain untuk membuat mana-mana perkara di bawah perenggan (1) (a), (b) dan (c).