Town Planners Act 1995 · Updated to 1 Mar 2011 · Bahagian III · Pendaftaran Perancang Bandar
17. Perakuan pendaftaran
Feedback & support(1)
Pendaftar hendaklah mengeluarkan kepada seseorang pemohon yang permohonan pendaftarannya diluluskan oleh Lembaga suatu perakuan pendaftaran dalam borang yang ditetapkan setelah menerima fi yang ditetapkan.
(2)
Seseorang Perancang Bandar berdaftar atau Perancang Bandar
Siswazah berdaftar yang kehilangan perakuan pendaftarannya hendaklah dikeluarkan kepadanya suatu pendua bagi perakuan pendaftaran itu apabila permohonan dibuat olehnya dan fi yang ditetapkan dibayar.
(3)
Sesuatu perakuan pendaftaran―
(a)
hendaklah habis tempoh pada 31 Disember tahun ia dikeluarkan; dan
(b)
boleh dibaharui secara tahunan setelah fi yang ditetapkan dibayar.