Seksyen 154
Cara memberikan keterangan
Bagi maksud subseksyen 105(1), dalam semua prosiding
140
Undang-Undang Malaysia di hadapan Pendaftar, keterangan hendaklah diberikan dengan cara akuan berkanun dalam ketiadaan arahan yang sebaliknya tetapi dalam apa-apa hal yang difikirkannya patut, Pendaftar boleh mengambil keterangan viva voce sebagai ganti atau sebagai tambahan kepada keterangan dengan cara akuan.
(2)
Mana-mana akuan berkanun itu boleh, dalam hal suatu rayuan, digunakan di hadapan Mahkamah sebagai ganti keterangan dengan cara afidavit, tetapi jika digunakan sedemikian, hendaklah mempunyai segala beban dan akibat keterangan dengan cara afidavit.
(3)
Dalam apa-apa tindakan atau prosiding yang berhubungan dengan suatu cap dagangan, Pendaftar atau Mahkamah, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menerima keterangan tentang kelaziman perdagangan yang berkenaan atau keterangan tentang kelaziman perniagaan dalam penyediaan perkhidmatan yang dipersoal dan keterangan tentang mana-mana cap dagangan atau nama dagangan atau nama perniagaan atau cara gayanya yang berkenaan yang digunakan dengan sah oleh orang lain.