Seksyen 45
Seksyen 45
(a) Mahkamah boleh, apabila didapati suai manfaat untuk melantik pemegang amanah baharu atau pemegang-pemegang amanah baharu, dan didapati tidak suai manfaat, sukar atau tidak praktik berbuat demikian tanpa bantuan Mahkamah, membuat suatu perintah bagi
Pemegang Amanah 59
melantik seorang pemegang amanah baharu atau pemegang-pemegang amanah baharu sama ada sebagai ganti atau sebagai tambahan kepada mana-mana pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah yang ada, atau walaupun tidak terdapat seorang pun pemegang amanah.
(b)
Khususnya dan tanpa menyentuh keluasan makna peruntukan tersebut di atas, Mahkamah boleh membuat perintah bagi melantik seorang pemegang amanah baharu sebagai ganti pemegang amanah yang dihukum penjara bagi suatu tempoh atau mengalami kecelaruan mental atau yang tidak sempurna akal atau yang bankrap atau perbadanan yang dalam proses pelikuidasian atau pembubaran.
(2)
Sesuatu perintah di bawah seksyen ini, dan apa-apa perintah meletak hak atau memindah hak yang berbangkit, tidak boleh berkuat kuasa selanjutnya atau selainnya sebagai suatu pelepasan bagi mana-mana bekas pemegang amanah atau pemegang amanah berterusan daripada suatu pelantikan pemegang-pemegang amanah baharu mengikut apa-apa kuasa bagi maksud itu yang terkandung dalam sesuatu surat cara yang sepatutnya boleh berkuat kuasa.
(3)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini memberi kuasa melantik seorang wasi atau pentadbir.