Skip to content

Seksyen 39

of Akta Pemegang Amanah 1949

ActIn forceProvision 39 of 69

Seksyen 39

(1)

Dalam hal penyelesaian dan pelupusan harta atas amanah, sama ada alih atau tak alih, yang dibuat atau mula berkuat kuasa pada atau sebelum tarikh material—

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 208

(a)

bilangan pemegang amanahnya tidak boleh dalam apa jua hal melebihi empat orang, dan jika lebih empat orang telah dinamakan sebagai pemegang amanah sedemikian, hanya empat orang yang terdahulu dinamakan itu sahaja (yang mampu dan sanggup bertindak) akan menjadi pemegang amanah itu dan orang-orang lain yang dinamakan itu tidak boleh menjadi pemegang amanah melainkan jika dilantik apabila terdapat sesuatu kekosongan; dan

(b)

bilangan pemegang amanah itu tidak boleh ditambah hingga melebihi empat orang.

(2)

Sekatan-sekatan yang dengan ini dikenakan terhadap bilangan pemegang amanah tidaklah terpakai bagi harta yang terletak hak pada pemegang amanah bagi maksud khairat, agama atau awam.