Skip to content

Seksyen 16

of Akta Pemegang Amanah 1949

ActIn forceProvision 16 of 69

Seksyen 16

(1)

Jika amanah untuk dijual atau kuasa menjual harta terletak hak pada seseorang pemegang amanah, dia boleh menjual atau

Pemegang Amanah 25

bersetuju dengan mana-mana orang lain untuk menjual kesemua atau mana-mana bahagian harta itu, sama ada tertakluk kepada gadaian terdahulu atau tidak, dan sama ada dijual bersesama atau secara lot, dengan cara lelongan awam atau dengan cara kontrak persendirian, tertakluk kepada apa-apa syarat mengenai hakmilik atau keterangan hakmilik atau perkara lain sebagaimana difikirkan patut oleh pemegang amanah itu, dan mempunyai kuasa untuk mengubah apa-apa kontrak untuk menjual, atau membatalkan apa-apa kontrak untuk menjual dan menjual semula, tanpa dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa kerugian.

(2)

Sesuatu amanah atau kuasa untuk menjual atau melupuskan tanah meliputi amanah atau kuasa untuk menjual atau melupuskan sebahagian daripadanya, sama ada pembahagaian itu dibuat secara mendatar, menegak atau dengan mana-mana cara lain.