Skip to content

Seksyen 4

of Akta Pemegang Amanah 1949

ActIn forceProvision 4 of 69

Seksyen 4

(1)

Seseorang pemegang amanah boleh, melaburkan apa-apa wang amanah dalam tangannya, sama ada pada masa itu dalam keadaan terlabur atau tidak, dengan cara yang berikut:

Pemegang Amanah 13

(a)

dalam apa-apa sekuriti Kerajaan Persekutuan atau

Kerajaan Negeri Sabah atau Negeri Sarawak atau

(b)

dalam apa-apa sekuriti yang bunganya dijamin atau akan dijamin oleh Parlimen atau oleh Kerajaan Persekutuan;

(c)

dalam atau pada hakmilik harta tak alih dalam Malaysia, hakmilik itu hendaklah jenis hakmilik pegangan kekal atau geran kekal atau pajakan (selain pajakan lombong) selama suatu tempoh yang sekurang-kurangnya enam puluh tahun darinya masih belum tamat pada masa pelaburan itu:

Dengan syarat bahawa—

(i)

tanah yang dimasudkan oleh hakmilik itu hendaklah terletak dalam sempadan kawasan mana-mana

Bandaraya,

Perbandaran,

Majlis

Bandaran atau Lembaga Bandaran; dan

(ii)

ada didirikan di atas tanah yang dimaksudkan oleh hakmilik itu rumah atau bangunan-bangunan lain yang sewa kasarnya, bersama-sama dengan tanah yang bersangkutan dengannya, pada masa pelaburan itu adalah tidak kurang daripada tujuh peratus daripada harga jualan tanah itu, dalam hal harga jualan, atau daripada nilai tanah tu, sebagaimana ditentukan di bawah perenggan 12(1)(a), dalam hal gadaian.

(d)

dalam sekuriti berbunga tetap yang dikeluarkan dalam

Malaysia, dengan kelulusan Perbendaharaan, oleh mana-mana pihak berkuasa awam yang ditubuhkan di bawah undang-undang persekutuan atau Negeri;

(e)

memberi pinjaman kepada syarikat yang diluluskan;

(f)

memberi pinjaman yang mana wang pokok dan bunganya dijamin atau akan dijamin oleh Kerajaan Persekutuan,

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 208

dan boleh juga dari semasa ke semasa mengubah mana-mana pelaburan yang tersebut di atas.

(2)

Tiada apa-apa amanah boleh dilaburkan di bawah perenggan (1)(e) melainkan jika—

(a)

modal syer biasa yang telah dibayar bagi syarikat yang diluluskan itu adalah tidak kurang daripada lima juta ringgit; dan

(b)

syarikat yang diluluskan itu telah membayar dividen dengan kadar tidak kurang daripada lima peratus atas modal syer biasa itu pada tiap-tiap tahun dalam masa tiga tahun terakhir sebelum pelaburan itu, dan jika syarikat yang diluluskan itu suatu syarikat yang telah memperoleh aset dan liabiliti suatu syarikat yang diluluskan yang lain, dividen yang dibayar oleh syarikat yang lain itu pada tiap-tiap tahun dalam masa tiga tahun terakhir sebelum perolehan sedemikian hendaklah dikira sebagai pembayaran yang dibuat oleh syarikat yang diluluskan itu;

dan

(c)

jumlah amaun pinjaman syarikat yang diluluskan itu daripada semua punca, sama ada pemegang amanah atau tidak, yang diterima oleh syarikat yang diluluskan itu sebagai pinjaman dan deposit, dan termasuk bunga yang kena dibayar ke atasnya dan sebelum dibayar balik oleh syarikat yang diluluskan itu, tidak boleh pada bila-bila masa melebihi dua per tiga daripada amaun, tidak termasuk bunga jangkaan, yang pada masa itu tercagar pada syarikat yang diluluskan itu daripada peminjam-peminjamnya.

(3)

Perenggan (1)(e) tidak boleh dianggap sebagai mengatasi peruntukan perenggan 4(2)(c) ††Akta Kumpulan Wang Simpanan

††CATATAN : Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja [Akta 272] telah dimansuhkan oleh Akta

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja [Akta 452] –lihat perenggan 75(a) Akta 452.

Pemegang Amanah 15

Pekerja 1951 [Akta 272] (yang memberi kuasa nyata kepada Pemegang

Amanah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk melabur secara memberi pinjaman kepada syarikat yang diluluskan).