Malaysia legislation

Section 3

of AKTA DOKTOR VETERINAR 1974

Seksyen 3

(2)

Menteri hendaklah melantik ahli-ahli Majlis yang terdiri daripada—

(a)

Ketua Pengarah;

(b)

Ketua Jabatan Haiwan Sabah atau seorang doktor veterinar dalam perkhidmatan awam yang dinamakan olehnya;

(c)

Ketua Jabatan Haiwan Sarawak atau seorang doktor veterinar dalam perkhidmatan awam yang dinamakan olehnya;

(d)

dua orang ahli yang dinamakan oleh doktor-doktor veterinar yang didaftarkan dalam Bahagian I dalam Daftar dari antara mereka;

(e)

dua orang ahli yang dinamakan oleh doktor-doktor veterinar yang didaftarkan dalam Bahagian II dalam Daftar dari antara mereka;

(f)

seorang doktor veterinar dari antara staf Fakulti Perubatan Veterinar dan Sains Haiwan, Universiti Pertanian Malaysia, yang dinamakan oleh Majlis Universiti itu; dan

(g)

dua orang doktor veterinar yang dinamakan oleh Menteri.

(3)

Tiada seseorang boleh dinamakan dan dilantik sebagai seorang ahli di bawah perenggan-perenggan (d) hingga (g) seksyen-kecil (2) melainkan orang itu seorang warganegara dan ianya adalah seorang doktor veterinar berdaftar.

(4)

Tiada seseorang boleh berkhidmat sebagai seorang ahli dalam lebih daripada satu jawatan pada satu masa.

(5)

Seseorang boleh dinamakan dan dilantik sebagai seorang ahli di bawah perenggan-perenggan (d) hingga (g) seksyen-kecil (2) walaupun ia dahulu telah menjadi seorang ahli di bawah mana-mana daripada perenggan-perenggan seksyen-kecil (2).

(6)

Ahli-ahli yang tersebut dalam perenggan-perenggan (d) hingga (g) seksyen-kecil (2) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun tetapi mereka boleh dilantik semula jika berkelayakan di bawah Akta ini.

(7)

Seseorang yang adalah seorang ahli menurut peruntukan mana-mana daripada perenggan-perenggan (d) hingga (g) seksyen-kecil (2) boleh meletakkan jawatannya pada bilabila masa dengan mengutus surat kepada Yang Dipertua.

(8)

Jika seseorang adalah seorang ahli menurut peruntukan mana-mana daripada perenggan-perenggan (d) hingga (g) seksyen-kecil (2) dan ianya mati sebelum tamat tempoh jawatannya, atau meletakkan jawatan, atau berhenti menjadi ahli oleh sebab sesuatu peruntukan Akta ini, maka seorang hendaklah dinamakan dan dilantik sebagai gantinya mengikut peruntukan-peruntukan yang dipakai bagi orang yang mati atau meletakkan jawatan atau berhenti menjadi ahli itu bagi baki tempoh orang itu mungkin telah memegang jawatan itu jika ia tidak mati atau tidak meletakkan jawatan atau tidak berhenti menjadi ahli:

Dengan syarat bahawa apabila seseorang ahli yang dinamakan di bawah mana-mana daripada perenggan-perenggan (d) hingga (g) seksyen-kecil (2) mati atau meletakkan jawatan dalam tempoh dua belas bulan sebelum tamat tempoh jawatannya maka kekosongan itu hendaklah jangan diisi bagi baki tempoh jawatan itu.

(9)

Jika mana-mana daripada kumpulan-kumpulan doktor veterinar yang tersebut dalam perenggan (d) hingga (f) seksyen-kecil (2) tidak menamakan seseorang menjadi ahli Majlis dalam tempoh tiga bulan dari tarikh jawatan itu menjadi kosong, maka Menteri hendaklah melantik sebagai

DOKTOR VETERINAR gantinya seorang yang berkelayakan untuk dinamakan sedemikian dan seseorang yang dilantik sedemikian hendak-lah disifatkan sebagai seorang ahli seolah-olah ia telah dinamakan dengan sempurnanya oleh kumpulan doktor veterinar itu.

(10)

Selepas sahaja Akta ini mula berkuatkuasa dan sehingga ahli-ahli yang tersebut dalam perenggan-perenggan (d) hingga (f) seksyen-kecil (2) dinamakan dan dilantik, Menteri hendaklah melantik sebagai ganti mereka masing-masing mana-mana orang yang masing-masing berkelayakan untuk dinamakan dan dilantik sedemikian dan orang-orang yang dilantik sedemikian hendaklah disifatkan sebagai ahli seolah-olah mereka telah dinamakan dan dilantik dengan sempurnanya di bawah perenggan-perenggan (d) hingga (f) yang tersebut.

(11)

Seseorang doktor veterinar tidaklah berkelayakan untuk dinamakan dan dilantik sebagai ahli di bawah peruntukan mana-mana daripada perenggan-perenggan (d) hingga (g) seksyen-kecil (2)—

(a)

jika ia telah didapati bersalah oleh mahkamah atas sesuatu kesalahan berkenaan dengan frod, kecurangan atau keburukan akhlak atau atas sesuatu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara (hukum penjara sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun; atau

(b)

jika ia seorang bankrap yang belum dilepaskan.

(12)

Jika seseorang ahli yang telah dinamakan dan dilantik di bawah peruntukan mana-mana daripada perenggan-perenggan (d) hingga (g) seksyen-kecil (2) tidak lagi berkelayakan untuk dinamakan dan dilantik sedemikian oleh sebab sesuatu peruntukan Akta ini, maka ia hendaklah disifatkan sebagai telah mengosongkan kerusinya.