Akta Doktor Veterinar 1974 · As enacted · Bahagian IV · Tindakan Tatatertib
29. Section 29
Feedback & supportMajlis hendaklah mempunyai bidangkuasa tatertib atas semua doktor veterinar yang didaftarkan di bawah Akta ini.
Majlis boleh menjalankan bidangkuasa tatatertib atas seseorang doktor veterinar berdaftar yang—
telah disabitkan di Malaysia atau di mana-mana tempat lain atas sesuatu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara (samada hukuman penjara sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda);
telah bersalah kerana berkelakuan buruk dari apa apa jua segi profesyen;
telah mendapatkan pendaftaran secara frod atau dengan cara menyalahnyatakan sesuatu;
tidak berhak didaftarkan pada masa ia didaftarkan; atau
namanya telah dipotong dari sesuatu daftar doktor doktor veterinar yang disenggara di mana-mana tempat di luar Malaysia.