Skip to content
In forceAs enacted

Bahagian VI · Peraturan-Peraturan

39. Section 39

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Majlis boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan bagi menetapkan apa-apa jua yang dikehendaki ditetapkan di bawah Akta ini, dan pada amnya, bagi melaksanakan tujuan-tujuan dan maksud-maksud Akta ini.

(2)

Khususnya dan tanpa menyentuh keluasan kuasakuasa tersebut di atas, peraturan-peraturan itu boleh menetapkan—

(a)

kewajipan-kewajipan Pendaftar;

(b)

bentuk Daftar, cara bagaimana ianya akan disenggara dan juga kandungannya;

(c)

bayaran yang dikehendaki dibayar mengenai permohonan-permohonan dan tindakan-tindakan di bawah Akta ini dan mengenai perakuan-perakuan dan dokumen-dokumen lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini dan mengadakan apa-apa pengecualian yang difikirkan patut oleh Majlis daripadanya;

(d)

bentuk dan cara bagaimana permohonan-permohonan untuk pendaftaran dan untuk perakuan pengamalan tahunan akan dibuat;

(e)

bentuk bagi sesuatu perakuan atau sesuatu dokumen lain yang dikehendaki bagi melaksanakan maksud-maksud Akta ini;

(f)

cara membuktikan kelulusan-kelulusan dalam perubatan veterinar;

(g)

pengurusan harta Majlis dan pengoditan akaun-akaunnya;

(h)

perlantikan Setiausaha dan kewajipan-kewajipan yang akan dijalankan olehnya;

(i)

pengeluaran perakuan-perakuan veterinar mengenai sakit atau sihat;

(j)

cara bagaimana Majlis mendapatkan nasihat undang-undang, hal mengadakan penasihat undang-undang bagi Majlis, kelulusan dan tugas-tugas penasihat undang-undang itu dan saraan yang akan dibayar kepada mereka;

(k)

penerimaan pengaduan-pengaduan atau maklumat mengenai sesuatu perkara tatatertib yang boleh di siasat oleh Majlis dan penubuhan suatu Jawatankuasa Siasatan Permulaan untuk menjalankan suatu siasatan permulaan berkenaan dengan pengaduan atau maklumat mengenai suatu perkara tatatertib yang boleh disiasat oleh Majlis dan untuk memutuskan samada atau tidak suatu penyiasatan patut diadakan oleh Majlis;

(l)

larangan terhadap seseorang ahli Jawatankuasa Siasatan Permulaan itu, yang juga menjadi seorang ahli Majlis. daripada menghadiri sesuatu mesyuarat Majlis pada masa Majlis menjalankan penyiasatan berkenaan dengan sesuatu pengaduan atau maklumat, dalam mana ia telah mengambil bahagian dalam siasatan permulaannya; dan

(m)

acara yang akan diikuti berhubung dengan—

(i)

mengemukakan pengaduan-pengaduan dan maklumat kepada Jawatankuasa Siasatan Permulaan;

(ii)

siasatan permulaan mengenai apa-apa pengaduan atau maklumat oleh Jawatankuasa Siasatan Permulaan;

(iii)

membentuk pertuduhan-pertuduhan berbangkit daripada pengaduan-pengaduan dan maklumat;

(iv)

rujukan kepada Majlis oleh Jawatankuasa Siasatan Permulaan akan kes-kes yang berbangkit daripada pengaduan-pengaduan dan maklumat;

(v)

pcnyiasatan tatatertib yang diadakan olch Majlis.

Report

Bahagian VII

Peruntukan-Peruntukan Tambahan bagi Maksud-Maksud Negara

Schedules