Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Act of Parliament

Akta Doktor Veterinar 1974

Feedback & supportRegistration and practice of veterinary surgeons

Bahagian I

Permulaan

Official textFrom Laws of Malaysia Online's scanned PDF, read by OCR; may contain errors

s 1Section 1

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Doktor Veterinar, 1974 dan tertakluk kepada seksyen-kecil (2) hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahu dalam Warta, dan tarikh itu tidak boleh lebih awal daripada tarikh pemberitahu itu disiarkan dalam Warta.

(2)

Menteri boleh menetapkan suatu tarikh yang berlainan untuk Bahagian VII mula berkuatkuasa dan tarikh itu tidak boleh lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan di bawah seksyen-kecil (1).

s 2Dalam Akta ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain—

"ahli" ertinya seseorang ahli Majlis Veterinar, Malaysia;

"Daftar" ertinya Daftar Doktor Veterinar Malaysia yang dikehendaki disenggarakan di bawah seksyen 11;

“didaftarkan” atau "berdaftar" ertinya didaftarkan di bawah seksyen 12;

"doktor veterinar" ertinya seseorang yang memegang mana-mana daripada kelulusan-kelulusan yang dinyatakan dalam Bahagian I dan Bahagian II dalam Jadual Kedua;

"Ketua Pengarah" ertinya Ketua Pengarah Perkhidmatan Haiwan, Malaysia;

"Majlis" ertinya Majlis Veterinar Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

"Menteri" ertinya Menteri yang bertanggungjawab berkenaan dengan hal-hal veterinar;

"pengamalan perubatan veterinar" ertinya—

(a)

mendiagnosa, merawat, membetul, menukar, meringankan atau mencegah penyakit haiwan, cenangga, cacat, bencana atau lain-lain keadaan jasmani atau mental; termasuklah menentu, memberi atau mengguna sesuatu dadah, ubat, biologiks, alat, benda atau teknik bius atau lain-lain benda atau teknik penyembuhan atau diagnosa, dan penggunaan apa-apa acara manual atau mekenikal untuk pemanian beradas, untuk menguji samada bunting atau tidak, atau untuk mengubati kemandulan atau kesambangan, atau memberi nasihat atau syor-syor berkenaan dengan apa-apa yang tersebut di atas, atau melakukan apa-apa perbuatan yang diiktiraf sebagai suatu tugas seorang doktor veterinar;

(b)

merupakan, secara langsung atau secara taklangsung, kepada orang awam atau kepada pihak persendirian, kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu perbuatan yang diperihalkan dalam perenggan (a) di atas;

(c)

menggunakan sesuatu taitel, perkataan-perkataan, kependekan atau huruf-huruf dengan cara atau dalam hal keadaan yang mungkin mendorong kepercayaan bahawa orang yang menggunakannya itu adalah seorang doktor veterinar;

"perakuan pengamalan tahunan" ertinya perakuan pengamalan tahunan yang tersebut dalam seksyen 17;

"Pendaftar" ertinya Pendaftar Doktor-doktor Veterinar yang tersebut dalam seksyen 10;

"perkhidmatan awam" mempunyai erti yang diberi kepadanya oleh Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan dan termasuklah perkhidmatan sesuatu pihakberkuasa tempatan atau perkhidmatan sesuatu pihakberkuasa berkanun yang menjalankan kuasa-kuasa yang diletakhakkan padanya oleh undang-undang persekutuan atau undang-undang negeri;

"perubatan veterinar" termasuklah pembcdahan veterinar, obsteriks, pergigian dan segala cawangan atau kepakaran perubatan haiwan yang lain;

"Yang Dipertua" ertinya Yang Dipertua Majlis Veterinar Malaysia yang dilantik di bawah perenggan-kecil (1) perenggan 1, Jadual Pertama.

Bahagian II

Majlis Veterinar Malaysia

Bahagian III

Pendaftaran Doktor-Doktor Veterinar: Pengamalan Perubatan Veterinar

Bahagian IV

Tindakan Tatatertib

Bahagian V

Bahagian VI

Peraturan-Peraturan

Bahagian VII

Peruntukan-Peruntukan Tambahan bagi Maksud-Maksud Negara

Schedules