Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2017Read it in English

Bahagian III · Timbang dan Sukat bagi Maksud Perdagangan

11. Erti “kegunaan untuk perdagangan”

Feedback & support
(1)

Bagi maksud Akta ini, ungkapan “kegunaan untuk perdagangan” tertakluk kepada subseksyen (2), ertinya kegunaan dalam Malaysia berhubung dengan, atau dengan tujuan untuk, suatu transaksi bagi—

(a)

memindah milik atau memberi wang atau nilai wang sebagai balasan bagi wang atau nilai wang;

(b)

membuat sesuatu bayaran berkenaan dengan apa-apa tol atau duti; atau

(c)

membuat sesuatu bayaran berkenaan dengan apa-apa kerja yang dibuat atau perkhidmatan yang diberikan, atau bagi maksud menentukan upah yang kena dibayar, jika—

(i)

transaksi itu adalah berpandukan kepada kuantiti atau adalah suatu transaksi yang bagi maksudnya

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 71

ada dibuat atau boleh disifatkan sebagai atau suatu kenyataan mengenai kuantiti; dan

(ii)

kegunaan itu adalah bagi maksud penentuan atau kenyataan kuantiti itu.

(2)

Subseksyen di atas tidak terpakai jika penentuan atau kenyataan itu adalah suatu penentuan atau kenyataan mengenai kuantiti barang yang dikehendaki dihantar ke sesuatu tempat luar

Malaysia dan transaksi itu bukan suatu penjualan secara runcit.

(3)

Mana-mana alat timbang atau sukat yang diadakan di Malaysia untuk kegunaan awam sama ada dengan dikenakan bayaran atau selainnya hendaklah dianggap bagi maksud Bahagian ini sebagai alat timbang atau sukat bagi kegunaan untuk perdagangan, sama ada atau tidak alat itu dianggap sedemikian jika tidak kerana subseksyen ini.

Report

Bahagian

Bahagian 4 Jadual Kedua tersebut boleh digunakan untuk perdagangan dengan menggunakan apa-apa bahagian atau bahagian kecil yang bertanda atasnya sebagai suatu s

Bahagian IV

Pentadbiran

Bahagian V

Schedules