Skip to content

Bahagian 4 Jadual Kedua tersebut boleh digunakan untuk perdagangan dengan menggunakan apa-apa bahagian atau bahagian kecil yang bertanda atasnya sebagai suatu s

13. Menandakan timbang dan sukat dengan tanda

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap timbang bagi kegunaan untuk perdagangan hendaklah mempunyai tanda timbang itu ditandakan oleh pembuatnya di sebelah atas atau tepi timbang itu dengan angka dan huruf yang terang kecuali jika timbang itu terlalu kecil dan tidak boleh ditanda sedemikian:

Dengan syarat bahawa jika timbang itu terlalu kecil menyebabkan ianya tidak boleh ditandakan, suatu perakuan hendaklah dikeluarkan oleh pembuatnya berkenaan dengan timbang itu dan perakuan itu hendaklah dikemukakan kepada Inspektor apabila dimintanya dan hendaklah mengandungi butir-butir yang cukup untuk membolehkan pengenalan dan tanda timbang itu ditentukan.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 71

(2)

Tiap-tiap sukat isi padu bagi kegunaan untuk perdagangan hendaklah mempunyai tanda sukat isi padu itu ditandakan oleh pembuatnya dengan angka dan huruf yang terang pada sebelah luar sukat itu.

(3)

Sesuatu timbang atau sukat yang tidak bertepatan dengan seksyen ini tidak boleh ditandakan dengan apa-apa cap penentusahan yang tersebut dalam seksyen 14.

Menandakan dengan cap dan menentusahkan timbang dan sukat dsb., dan mengeluarkan perakuan penentusahan

Report