Akta Timbang dan Sukat 1972 · Updated to 1 Sep 2017 · Bahagian V
29. Peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud menguatkuasakan peruntukan Akta ini.
Khususnya dan dengan tidak menyentuh keluasan kuasa untuk membuat peraturan-peraturan yang tersebut di atas, peraturan-peraturan itu boleh mengadakan kesemua atau mana-mana daripada peruntukan yang berikut:
menetapkan pemerolehan, penyediaan, penyenggaraan, perakuan, penentusahan perbandingan dan pengesahan
Standard Kerja;
menetapkan tempat, cara menyimpan dan menjaga
Standard Kerja;
menetapkan had selisih yang boleh dibenarkan mengenai mana-mana timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat;
menetapkan cara bagaimana Standard Kerja boleh ditanda dan diperakui untuk pengenalan;
menetapkan—
kewajipan Ketua Inspektor, Timbalan Ketua
Inspektor dan Inspektor; dan 40 Undang-Undang Malaysia AKTA 71
ujian yang dikenakan bagi maksud menentukan ketetapan dan kecekapan timbang dan sukat dan alat timbang atau sukat dan had selisih yang akan dibenarkan apabila ditentusahkan atau diperiksa;
dan
jenis cap yang akan digunakan oleh Inspektor untuk menandakan dengan cap timbang dan sukat dan alat timbang atau sukat bagi kegunaan untuk perdagangan dan cara menandakan dengan cap itu;
menetapkan bayaran yang akan dikenakan berhubung dengan—
lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 27;
ujian dan penentusahan timbang dan sukat dan alat timbang atau sukat;
pengeluaran mana-mana perakuan di bawah Akta ini; dan
apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh seseorang Inspektor;
menetapkan borang, buku, daftar atau kad yang akan digunakan di bawah Akta ini;
mengehadkan maksud dan transaksi yang baginya timbang, sukat atau alat timbang atau sukat tertentu boleh digunakan secara sah;
menetapkan kelas ketetapan bagi timbang, sukat atau alat timbang atau sukat tertentu yang akan digunakan untuk perdagangan;
melarang penggunaan timbang, sukat atau alat timbang atau sukat daripada jenis tertentu sama ada secara mutlak
Timbang dan Sukat 41
atau kecuali dengan mematuhi syarat yang dinyatakan dalam mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
menetapkan kelas timbang yang akan digunakan pada alat timbang daripada jenis tertentu;
memperuntukkan bagi pendaftaran, pemeriksaan berkala alat timbang dan sukat awam dan pada amnya memperuntukkan tentang penyeliaan dan pengawalan alat itu;
menetapkan tatacara bagi permohonan, ujian dan peperiksaan yang hendak diambil bagi pengeluaran, perakuan untuk mengelolakan apa-apa alat timbang atau sukat awam;
menetapkan kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat dibawahnya yang boleh dikompaun, tatacara yang akan diikuti dan borang yang akan digunakan bagi pengkompaunan itu;
menetapkan cara bagaimana bungkusan hendak ditanda dengan apa-apa butiran, pernyataan atau kehendak lain yang berkaitan dengan apa-apa timbang atau sukat;
menetapkan tanda timbang yang mengikutnya barang-barang tertentu boleh dibungkus atau dijual
menetapkan suatu penalti denda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit bagi pelanggaran atau ketidakpatuhan mana-mana peruntukan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
menetapkan apa-apa perkara lain yang dikehendaki ditetapkan oleh Akta ini atau dengan amnya untuk melaksanakan dengan lebih baik maksud atau peruntukan
Akta ini.
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 71
Ralat maksimum yang dibenarkan