Skip to content
In forceAmendedUpdated to 1 Sep 2017Read it in English
Contents

Act of Parliament

Akta Timbang dan Sukat 1972

Feedback & supportRegulating weights, measures and weighing and measuring instruments

In plain English

Not legal advice

This Act regulates weights and measures, instruments for weighing and measuring, and related matters. It applies to the whole of Malaysia. It comes into force on a date the minister sets by published notice. The minister may set different dates for different states, parts of the Act, kinds of business or transaction, or kinds of property. The minister must bring the whole Act into force in all states within ten years of its publication.

Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.

Bahagian I

Permulaan

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Timbang dan

Sukat 1972.

(2)

Dengan tidak menyentuh subseksyen (3), Akta ini hendaklah terpakai bagi seluruh Malaysia.

(3)

Tertakluk kepada subseksyen (4), Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

(4)

Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi Akta ini mula berkuat kuasa bagi Negeri yang berlainan di Malaysia atau bagi peruntukan berlainan Akta ini atau bagi kelas perusahaan atau transaksi berlainan atau bagi kelas harta alih atau harta tak alih yang berlainan:

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 71

Dengan syarat bahawa Menteri hendaklah menguatkuasakan semua peruntukan Akta ini bagi semua Negeri di Malaysia sebelum habis tempoh sepuluh tahun dari tarikh Akta ini disiarkan.

(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“alat timbang atau sukat” ertinya apa-apa alat atau mesin untuk menyukat mengikut panjang, luas, isi padu, muatan, masa, berat, bilangan atau apa-apa kuantiti lain, dan dalam hal alat timbang, termasuklah timbangan yang digunakan yang berkaitan dengannya;

“alat timbang dan sukat awam” ertinya apa-apa alat timbang atau sukat yang diadakan untuk kegunaan awam, dan yang bagi penggunaannya suatu bayaran dikenakan;

“cap penentusahan” ertinya suatu tanda untuk digunakan sebagai keterangan tentang kelulusan apa-apa timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat sebagai layak untuk digunakan, sama ada dikenakan melalui teraan, tuangan, ukiran, gurisan, selaran, pengecapan atau selainnya;

“Ketua Inspektor”, “Timbalan Ketua Inspektor” dan “Inspektor”

masing-masingnya bererti Ketua Inspektor Timbang dan Sukat,

Timbalan Ketua Inspektor Timbang dan Sukat dan Inspektor Timbang dan Sukat yang dilantik di bawah seksyen 26;

“Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepada ungkapan itu dalam Akta

Sistem Pengukuran Kebangsaan 2007 [Akta 675];

“Menteri”

ertinya

Menteri yang bertanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna;

“Penyimpan” ertinya Penyimpan Timbang dan Sukat yang disebut dalam seksyen 25;

Timbang dan Sukat 9

“premis” termasuklah apa-apa kedai atau gerai, dan apa-apa kenderaan, vesel, bangunan, binaan atau tempat, sama ada terbuka atau tertutup, yang digunakan untuk perdagangan;

“Sistem

Unit

Antarabangsa”

mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepada ungkapan itu dalam Akta Sistem

Pengukuran Kebangsaan 2007;

“Standard Kerja” ertinya Standard Kerja bagi jisim dan sukat yang disebut dalam seksyen 9;

Bahagian II

Kebolehkesanan Pengukuran

Bahagian III

Timbang dan Sukat bagi Maksud Perdagangan

Bahagian

Bahagian 4 Jadual Kedua tersebut boleh digunakan untuk perdagangan dengan menggunakan apa-apa bahagian atau bahagian kecil yang bertanda atasnya sebagai suatu s

Bahagian IV

Pentadbiran

Bahagian V

Schedules