Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2017Read it in English

Bahagian II · Kebolehkesanan Pengukuran

9. Section 9

Feedback & support

(1)

Menteri hendaklah sebagaimana yang dikehendaki oleh keadaan, mendapatkan atau mengarahkan disedia dan disenggarakan

Standard Kerja bagi jisim dan sukat mengikut bentuk sebagaimana yang disyorkan sama ada secara amnya atau khasnya oleh Penyimpan

Timbang dan Sukat.

(2)

Standard Kerja hendaklah ditentusahkan dengan berpandukan kepada Standard Pengukuran Kebangsaan dan penentusahan itu hendaklah dibuat oleh Penyimpan Timbang dan Sukat yang hendaklah mengeluarkan suatu perakuan bagi maksud itu dan hendaklah mengarahkan dibuat suatu tanda yang tidak boleh dipadamkan pada

Standard Kerja itu.

(3)

(a)

Standard Kerja hendaklah disimpan di bawah jagaan

Inspektor Timbang dan Sukat dan hendaklah digunakan bagi memeriksa, menentu dan mengesahkan semua timbang dan sukat dan alat timbang dan sukat sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta ini.

(b)

Standard Kerja itu boleh juga disimpan di bawah jagaan orang lain dan digunakan bagi maksud lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Report

Bahagian III

Timbang dan Sukat bagi Maksud Perdagangan

Bahagian

Bahagian 4 Jadual Kedua tersebut boleh digunakan untuk perdagangan dengan menggunakan apa-apa bahagian atau bahagian kecil yang bertanda atasnya sebagai suatu s

Bahagian IV

Pentadbiran

Bahagian V

Schedules