Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2014Read it in English

Bahagian III · Bahagian III Akta ini.

24. Orang yang bertanggungjawab membekalkan maklumat

Feedback & support
(1)

Kewajipan yang dikenakan ke atas pertubuhan belia berdaftar oleh seksyen 22 dan 23 hendaklah mengikat tiap-tiap pemegang jawatan dan orang yang mengurus atau membantu dalam pengurusan mana-mana pertubuhan belia itu di Malaysia:

Dengan syarat sentiasanya bahawa mana-mana pemegang jawatan atau orang lain itu tidak boleh terikat sedemikian melainkan jika perintah yang diberikan oleh Pendaftar telah disampaikan kepadanya.

(2)

Jika suatu notis, perintah, atau dokumen lain disampaikan kepada seorang yang telah terhenti menjadi pemegang jawatan sesuatu pertubuhan belia, dia hendaklah dengan serta-merta menyerahkan notis, perintah atau dokumen itu kepada pemegang jawatan yang sedia ada atau, jika tidak diketahui, hendaklah mengembalikannya kepada Pendaftar yang menghantarnya, dan mana-mana orang yang gagal untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit.

38

Undang-Undang Malaysia

(3)

Jika mana-mana pertubuhan belia berdaftar tidak mematuhi kesemua atau mana-mana bahagian perintah yang diberikan di bawah seksyen 22 dan 23, setiap orang yang disebut dalam subseksyen (1) yang telah disampaikan dengan perintah sedemikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit melainkan jika dia membuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa dia telah melaksanakan kebijaksanaan dengan sewajarnya dan telah tidak mematuhi perintah itu atas alasan yang di luar kawalannya.

(4)

Jika apa-apa maklumat yang dibekalkan kepada Pendaftar bagi mematuhi apa-apa perintah yang diberikan di bawah seksyen 22 dan 23 adalah palsu, tidak betul atau tidak lengkap tentang mana-mana butir yang material, maka orang yang telah membekalkan maklumat itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit melainkan jika dia membuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa dia mempunyai alasan yang baik untuk mempercayai bahawa maklumat itu adalah benar, betul dan lengkap.

Report

Bab 3

Bab 4

Bab 5

Bahagian IV

Pembangunan Belia

Bahagian V

Majlis Perundingan Belia Negara

Bahagian VI

Badan Induk Pertubuhan Belia di Peringkat Kebangsaan

Bahagian VII

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia

Bahagian VIII

Kesalahan

Bahagian IX

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian X

Pelbagai

Schedules