Skip to content

Seksyen 7

of Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007

ActIn forceProvision 7 of 125

Seksyen 7

(1)

Tiap-tiap pertubuhan belia, selain yang berkenaan dengannya suatu perintah dibuat di bawah seksyen 33 sedang berkuat kuasa hendaklah, mengikut cara yang ditetapkan memohon kepada

Pendaftar untuk pendaftaran di bawah Akta ini.

(2)

Tiap-tiap pertubuhan belia hendaklah berdaftar dengan

Pendaftar kecuali—

(a)

mana-mana pertubuhan yang ditubuhkan di bawah mana-mana Akta yang ditetapkan di bawah Jadual

Pertama; dan

(b)

mana-mana sayap belia kepada apa-apa pertubuhan selain pertubuhan belia.

(3)

Tiap-tiap pertubuhan belia yang didaftarkan di bawah Akta

Pertubuhan 1966 [Akta 335] hendaklah, dalam masa dua belas bulan dari tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini atau apa-apa tempoh yang dipersetujui oleh Menteri, memohon kepada Pendaftar supaya didaftarkan di bawah Akta ini.

18

Undang-Undang Malaysia

Akta 668

(4)

Sehingga Pendaftar meluluskan pendaftaran mana-mana pertubuhan belia di bawah subseksyen (3), Akta Pertubuhan 1966

hendaklah terus terpakai bagi mana-mana pertubuhan belia.