Youth Societies and Youth Development Act 2007 · Updated to 1 Nov 2014 · Bab 5
31. Pertubuhan belia berdaftar hendaklah bertindak mengikut Perlembagaan
Feedback & supportMenjadi kewajipan tiap-tiap pertubuhan belia berdaftar dalam menjalankan aktivitinya mengendalikan hal ehwalnya memastikan bahawa ia selaras dan sesuai mengikut dan mematuhi peruntukan
Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri, dan jika apa-apa aktiviti atau hal ehwal mana-mana pertubuhan belia berdaftar dalam apa jua cara mencabuli, mencemarkan atau menyekat atau menunjuk tidak mengendahkan—
sistem kerajaan demokratik yang diketuai oleh seorang raja berperlembagaan Malaysia, dan di negeri-negeri, oleh
Sultan berperlembagaan atau Yang di-Pertua Negeri;
kedudukan agama Islam sebagai agama Malaysia, dengan agama lain diamalkan secara aman dan harmoni;
penggunaan Bahasa Kebangsaan bagi maksud rasmi;
kedudukan orang Melayu dan pribumi negeri Sabah dan
Sarawak; atau
kepentingan sah taraf kaum-kaum yang lain, seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana Perlembagaan Negeri, Pendaftar boleh membatalkan pendaftaran pertubuhan belia itu selepas memberi pertubuhan belia itu suatu peluang untuk membuat representasi kepadanya.