Youth Societies and Youth Development Act 2007 · Updated to 1 Nov 2014 · Bahagian VIII · Kesalahan
80. Pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang
Feedback & supportBagi maksud Akta ini, mana-mana pertubuhan belia yang berikut adalah menjadi suatu pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang, iaitu—
suatu pertubuhan belia atau cawangannya yang telah diisytiharkan sebagai menyalahi undang-undang oleh
Menteri di bawah seksyen 33;
suatu pertubuhan belia atau cawangannya yang tidak didaftarkan di bawah seksyen 9;
70
Undang-Undang Malaysia
suatu cawangan sesuatu pertubuhan belia, jika cawangan itu telah ditubuhkan bertentangan dengan subseksyen 18(1), atau terus wujud bertentangan dengan proviso kepada subseksyen 18(3); dan
suatu pertubuhan belia atau cawangannya yang pendaftarannya telah dibatalkan di bawah seksyen 31
dan 20.
Jika mana-mana pertubuhan belia adalah menyalahi undang-undang di bawah subseksyen (1), atau pendaftarannya dibatalkan di bawah Akta ini, setiap cawangan pertubuhan belia itu hendaklah dengan serta-merta selepas itu menjadi menyalahi undang-undang dan kelulusan Pendaftar bagi penubuhannya hendaklah disifatkan terbatal.