Skip to content

Seksyen 49

of Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007

ActIn forceProvision 49 of 125

Seksyen 49

(1)

Majlis Belia Malaysia ialah badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan yang menggabungkan dan menyelaras semua pertubuhan belia yang bergabung dengannya.

(2)

Objektif badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan ialah—

(a)

menggalakkan dan mendorong pertubuhan belia supaya memainkan peranan yang positif dan berkesan kepada masyarakat dan negara;

(b)

merangsang dan mewujudkan perhubungan, kerjasama, persefahaman dan persahabatan antara pertubuhan belia dengan belia atau dengan pertubuhan belia antarabangsa;

(c)

menggalakkan kemajuan pertubuhan belia yang seimbang dalam pelbagai bidang; dan

(d)

memupuk sikap bertanggungjawab, semangat patriotism dan kesukarelawanan di kalangan pertubuhan belia.

Fungsi badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan