Seksyen 29
Panel Penyelesaian Pertikaian
of Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007
ActIn forceProvision 29 of 125
Seksyen 29
(1)
Panel Penyelesaian Pertikaian hendaklah terdiri daripada—
(a)
Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi belia sebagai Pengerusi; dan
(b)
dua orang anggota lain yang dilantik oleh Menteri.
(2)
Dalam menjalankan tugas dan fungsinya dalam membuat keputusan, Panel boleh mengarahkan pihak kepada pertikaian itu menzahirkan apa-apa dokumen atau hadir di hadapan Panel atau memberikan apa-apa arahan yang difikirkan wajar.