Skip to content

Seksyen 6

Kuasa pewakilan

of Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007

ActIn forceProvision 6 of 125
Seksyen 6
(1)

Pendaftar boleh, secara bertulis, mewakilkan mana-mana kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini, kecuali kuasa pewakilan di bawah seksyen ini, kepada Timbalan Pendaftar atau mana-mana Penolong Pendaftar yang dilantik di bawah subseksyen 4(2).

(2)

Apa-apa pewakilan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada apa-apa sekatan dan batasan sebagaimana yang ditetapkan oleh Pendaftar dalam surat cara pewakilan itu.