Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.
/akn/my/act/act/1950/119
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA SURUHANJAYA SIASATAN 1950 is Malaysia Act, cited as Act 119 1950, currently marked in force and first recorded in 1950.
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.
Pengeluaran Tauliah
penjalanan atau pengurusan mana-mana institusi awam yang tidak semata-mata disenggarakan dengan kumpulan wang Negeri; atau
apa-apa perkara lain yang siasatannya, pada pendapat Yang di-Pertuan Agong, berfaedah bagi kebajikan awam, iaitu bukan—
suatu perkara yang melibatkan apa-apa soal yang berhubungan dengan agama Islam atau adat Melayu; atau
berhubung dengan Sabah atau Sarawak, suatu perkara yang dinyatakan dalam butiran 10 Senarai Negeri:
Dengan syarat bahawa jika mana-mana pegawai persekutuan yang kelakuannya dicadangkan untuk disiasat itu, telah pada masa melakukan kelakuan itu, berkhidmat dalam suatu jabatan perkhidmat awam sesuatu Negeri, tauliah itu hendaklah dikeluarkan hanya dengan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri itu.
Pihak Berkuasa Negeri mana-mana Negeri selain Sabah atau Sarawak boleh, jika didapatinya suai manfaat berbuat demikian, mengeluarkan suatu Tauliah melantik seorang Pesuruhjaya atau lebih dan memberi kuasa kepada Pesuruhjaya itu menyiasat—
penjalanan atau pengurusan mana-mana institusi awam yang disenggarakan semata-mata dengan kumpulan wang Negeri; atau
apa-apa perkara lain yang siasatan, pada pendapat Pihak Berkuasa Negeri itu, berfaedah bagi kebajikan awam Negeri itu dan yang tidak secara langsung melibatkan kebajikan awam mana-mana Negeri lain:
Dengan syarat bahawa jika mana-mana pegawai Negeri, yang kelakuannya dicadangkan untuk disiasat itu, telah, pada masa melakukan kelakuan itu berkhidmat dalam suatu jabatan Kerajaan Persekutuan atau jabatan perkhidmatan awam suatu Negeri lain, Tauliah itu hendaklah dikeluarkan hanya dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong atau Pihak Berkuasa Negeri yang lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Dalam seksyen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
"pegawai persekutuan" ertinya mana-mana pegawai yang dilantik dan diambil bekerja oleh Kerajaan Persekutuan, dan mana-mana pegawai yang syarat pekerjaannya menjadikan dia bertanggungan berkhidmat dengan lebih daripada satu Negeri;
"pegawai Negeri"ertinya mana-mana pegawai yang dilantik oleh Kerajaan Negeri, selain Kerajaan Negeri Sabah atau Sarawak, yang syarat pekerjaannya tidak menjadikan dia bertanggungan berkhidmat di luar Negeri itu;
Pesuruhjaya mana yang menjadi Pengerusi; dan
mengarahkan di mana dan bila siasatan itu boleh diadakan dan laporannya akan diserahkan;
mengarahkan sama ada siasatan itu atau mana-mana bahagiannya boleh diadakan atau tidak boleh diadakan secara terbuka; dan
Apabila Tauliah itu menyatakan bilangan Pesuruhjaya yang akan membentuk kuorum, bilangan Pesuruhjaya yang dinyatakan sedemikian boleh, dalam ketiadaan Pesuruhjaya yang lain itu, menjalankan segala atau mana-mana kuasa yang diberikan kepada Pesuruhjaya itu oleh Akta ini.
Kuasa untuk menambahkan atau menggantikan Pesuruhjaya
Apabila seorang Pesuruhjaya baru telah dilantik di bawah subseksyen (1) tidak perlu bagi apa-apa keterangan yang boleh diambil di hadapan Suruhanjaya itu sebelum pelantikan itu diambil semula.
Pelanjutan masa
Yang di-Pertuan Agong atau Pihak Berkuasa Negeri mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, dari semasa ke semasa, dengan mengendorskan di bawah tandatangannya dalam sesuatu Tauliah, melanjutkan masa bagi pelaksanaan Tauliah itu, sama ada masa bagi pelaksanaannya itu telah tamat atau belum.
Pertukaran Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertua Negeri atau Raja
Tiada Tauliah yang dikeluarkan di bawah Akta ini boleh luput dengan sebab, atau selainnya terjejas oleh, kematian, ketiadaan, persaraan atau pemecatan Yang di-Pertuan Agong, jika dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong, kematian, ketiadaan, persaraan atau pemecatan Yang di-Pertua mana-mana Negeri, jika dikeluarkan oleh Yang di-Pertua Negeri Negeri itu atau, jika dikeluarkan oleh Raja mana-mana Negeri, kematian Raja Negeri itu.
Pelantikan Setiausaha
Yang di-Pertuan Agong atau Pihak Berkuasa Negeri mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh melantik seorang Setiausaha untuk menghadiri persidangan Suruhanjaya itu, untuk merekodkan prosidingnya, untuk menyimpan catatannya, menyaman dan merekodkan keterangan saksi, dan amnya untuk melaksanakan apa-apa kewajipan yang berkaitan dengan siasatan itu sebagaimana yang diperintahkan oleh Pesuruhjaya itu tertakluk kepada arahan, jika ada, Yang di-Pertuan Agong atau Pihak Berkuasa Negeri mengikut mana-mana yang berkenaan.
Kuasa Pesuruhjaya
Pesuruhjaya hendaklah mempunyai kuasa yang berikut:
untuk memperoleh dan menerima segala keterangan, bertulis atau lisan, dan untuk memeriksa semua orang sebagai saksi yang difikirkan oleh Pesuruhjaya perlu atau wajar diperoleh atau untuk diperiksa;
untuk menghendaki keterangan (sama ada bertulis atau lisan) daripada mana-mana saksi dibuat atas sumpah atau ikrar (sumpah atau ikrar itu hendaklah sumpah atau ikrar yang boleh dikehendaki daripada saksi itu jika dia memberikan keterangan di Mahkamah Tinggi) atau melalui pengakuan berkanun;
untuk menyaman mana-mana orang di Malaysia, atau dalam hal suatu Tauliah yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri, di Negeri itu, untuk menghadiri manamana mesyuarat Pesuruhjaya untuk memberikan keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain dalam miliknya dan untuk memeriksanya sebagai saksi atau menghendakinya mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain dalam miliknya;
untuk mengeluarkan suatu waran tangkap bagi memaksa kehadiran mana-mana orang yang setelah disaman supaya hadir, tidak berbuat sedemikian, dan tidak memberikan apa-apa sebab yang memuaskan hati Pesuruhjaya mengenai ketidakhadiran itu, dan untuk memerintahkan dia membayar segala kos yang disebabkan dalam memaksa dia hadir atau oleh sebab keengganannya mematuhi saman itu, dan juga untuk mendenda orang itu sejumlah wang yang tidak melebihi lima puluh ringgit;
untuk mendenda dalam suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh ringgit, mana-mana orang, yang apabila dikehendaki oleh Pesuruhjaya untuk memberikan keterangan atas ikrar atau untuk mengemukakan suatu dokumen atau benda lain, enggan berbuat sedemikian dan tidak memberikan apa-apa sebab yang memuaskan hati Pesuruhjaya mengenai keengganan itu;
walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan keterangan, untuk menerima apa-apa keterangan, sama ada bertulis atau lisan, yang mungkin tidak boleh diterima dalam prosiding civil atau jenayah;
untuk menerima masuk atau menahan masuk orang awam dalam siasatan itu atau mana-mana bahagiannya; dan
untuk menerima masuk atau menahan masuk akhbar dalam siasatan itu atau mana-mana bahagiannya; dan
untuk mengawardkan mana-mana orang yang telah menghadiri mana-mana mesyuarat Pesuruhjaya, termasuk mana-mana jurubahasa yang dilantik di bawah seksyen 9, apa-apa jumlah wang yang pada pendapat Pesuruhjaya yang telah dengan semunasabahnya dilakukan olehnya kerana menghadiri mesyuarat itu.
Jurubahasa
Mana-mana jurubahasa yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah membuat dan menandatangani di hadapan Pesuruhjaya ikrar yang berikut:
"Saya, ... dengan sesungguhnya mengaku dan berikrar bahawa saya akan dengan taatnya melaksanakan tugas jurubahasa dan akan dengan sebenarnya menterjemahkan soalan yang dikemukakan dan jawapan yang diberikan oleh saksi dan juga penyataan yang dibuat oleh Pesuruhjaya dan akan dengan sebenarnya menterjemahkan atau menghuraikan dan menyalinkan segala dokumen yang diamanahkan kepada saya bagi maksud itu dengan sedaya upaya saya, dan bahawa saya tidak akan, kecuali sebagaimana yang dibenarkan oleh Pesuruhjaya secara langsung atau secara tidak langsung mendedahkan kandungan apa-apa dokumen yang diamanahkan kepada saya, dan juga keterangan yang diberikan oleh saksi yang telah diterjemahkan oleh saya."
Elaun
Apa-apa jumlah wang yang diawardkan oleh Pesuruhjaya di bawah perenggan 8(h) hendaklah dipertanggungkan kepada dan dibayar daripada Kumpulan Wang Disatukan atau, jika Tauliah telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri, daripada kumpulan wang awam Negeri itu.
Menggunakan keterangan dalam prosiding civil dan jenayah
Tiada keterangan yang diambil di bawah Akta ini boleh diterima dalam mana-mana jua prosiding sivil atau jenayah terhadap orang yang memberikan keterangan itu, kecuali apabila orang itu dipertuduh dengan memberikan atau mereka keterangan palsu.
Penalti bagi ancaman, dsb., kepada saksi
Mana-mana orang yang mengancam, mencela atau mencederakan mana-mana orang kerana telah memberikan keterangan, atau disebabkan oleh keterangan yang telah diberikan di hadapan Pesuruhjaya, melakukan suatu kesalahan dan boleh dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi dua tahun.
Penalti bagi penghinaan
Mana-mana orang yang melakukan suatu perbuatan penghinaan sebagaimana yang ditafsirkan dalam seksyen 14 terhadap Pesuruhjaya atau sesiapa daripada mereka melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga bulan.
Takrif penghinaan
Berikut disifatkan sebagai suatu perbuatan penghinaan mengikut pengertian seksyen 13:
apa-apa perbuatan tidak hormat atau apa-apa celaan atau ancaman terhadap Pesuruhjaya atau sesiapa daripada mereka semasa bersidang dalam Suruhanjaya; dan
apa-apa perbuatan tidak hormat atau apa-apa celaan atau ancaman terhadap seorang Pesuruhjaya pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat lain disebabkan oleh prosidingnya atas sifatnya sebagai seorang Pesuruhjaya.
Cara menguruskan penghinaan
Dalam apa-apa hal lain Pesuruhjaya boleh menyaman pesalah itu supaya hadir di hadapan mereka pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam saman itu, di situ untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak boleh dihakimi sebagai telah melakukan suatu perbuatan penghinaan dan diuruskan mengikut seksyen 13.
Jika mana-mana orang yang telah disaman mengikut subseksyen (2) tidak hadir pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam saman itu, Pesuruhjaya boleh mengeluarkan suatu waran memaksa kehadiran orang itu.
Pendakwa Raya untuk membantu Pesuruhjaya
Mana-mana orang yang dilantik oleh Pendakwa Raya untuk menyiasat apa-apa perkara itu hendaklah, bagi maksud penyiasatan itu, mempunyai segala kuasa berhubung dengan penyiasatan polis yang diberikan kepada pegawai polis dalam manamana kes boleh ditangkap di bawah Bab XIII Kanun Tatacara
Jenayah [Akta 593], dan boleh, apabila diberi kuasa secara bertulis oleh Pendakwa Raya, menggeledah mana-mana premis dan mengambil milik apa-apa artikel atau dokumen yang dinyatakan dalam surat kuasa itu.
Yang di-Pertuan Agong atau Pihak Berkuasa Negeri yang mengeluarkan Tauliah, mengikut mana-mana yang berkenaan boleh mengarahkan Ketua Polis Negara mempertugaskan pegawai polis untuk melayani mana-mana Pesuruhjaya, untuk memelihara ketenteraman semasa prosiding dan menyampaikan saman kepada saksi dan melaksanakan apa-apa tugas kementerian yang diarahkan oleh Pesuruhjaya.
Hak untuk diwakili oleh peguam
Mana-mana orang yang kelakuannya menjadi perkara siasatan di bawah Akta ini, atau sesiapa yang dalam apa-apa cara yang terlibat atau kena mengena dalam perkara yang sedang disiasat itu, berhak untuk diwakili oleh seorang peguam bela dalam keseluruhan siasatan itu; dan mana-mana orang lain yang difikirkannya wajar bahawa dia hendaklah diwakili sedemikian boleh, dengan kebenaran Pesuruhjaya itu, diwakili mengikut cara yang disebut terdahulu. Peguam Negara, Peguam Cara Negara, mana-mana Peguam Persekutuan, atau mana-mana anggota Jabatan Peguam Besar Negeri, Sabah atau Sarawak, yang berkelulusan undang-undang yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh Peguam Besar Negeri, berhak pada bila-bila masa hadir di hadapan dan berucap kepada Pesuruhjaya itu atas apa-apa perkara yang pada pendapat Peguam Negara berkaitan dengan siasatan itu.
Pesuruhjaya ialah pekhidmat awam dan siasatan ialah prosiding kehakiman di bawah Kanun Keseksaan
Tiap-tiap Pesuruhjaya yang dilantik di bawah Akta ini hendaklah, selagi dia bertindak sebagai Pesuruhjaya, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574], dan tiap-tiap siasatan di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai suatu prosiding kehakiman mengikut pengertian Kanun itu.
Pesuruhjaya mempunyai kuasa Majistret Kelas Satu
Bagi maksud mendapatkan apa-apa kos yang telah diawardkan atau menguatkuasakan pembayaran apa-apa denda yang telah diperintahkan atau dikenakan atau melaksanakan mana-mana waran tangkap atau perintah pemenjaraan, Pesuruhjaya atau sesiapa daripada mereka mempunyai kuasa seorang Majistret Kelas Satu.
Perlindungan bagi Pesuruhjaya dan saksi
Segala keterangan yang diberikan bagi maksud apa-apa siasatan di bawah Akta ini terlindung secara mutlak supaya saksi yang memberikan keterangan itu tidak boleh dikenakan apa-apa guaman atau prosiding sivil lain berkenaan dengan keterangan itu.
Tatacara dan bentuk
Tertakluk kepada Akta ini tatacara yang diikuti oleh Pesuruhjaya dan bentuk apa-apa perintah, saman, waran atau dokumen lain yang dibuat atau dikeluarkan bagi maksud Akta ini mengikut budi bicara Pesuruhjaya.
Akta 119
SENARAI PINDAAN
Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari
Ord 60/1956 The Settlements Nominated 01-09-1956 Council (Change of Title) Ordinance 1956
L.N. 332/1958 Federal Constitution 13-11-1958 (Modification of Laws) (Ordinances and Proclamations) Order 1958
L.N. 118/1965 Moditication of Laws 02-04-1965 (Federal Commission of Enquiry) (Extension to Borneo States and Singapore) Order 1965
Akta 160 Akta Mata Wang Malaysia 29-08-1975 (Ringgit) 1975
Akta A324 Akta Kanun Prosedur Jenayah 10-01-1976 (Pindaan dan Peluasan) 1976
Akta A354 Akta Perlembagaan (Pindaan) 27-08-1976 1976
Akta 119
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
SeksyenKuasa memindaBerkuat kuasa dari2L.N.332/195813-11-1958L.N.118/196501-04-19653L.N.118/196501-04-1965L.N.332/195813-11-19584L.N.332/195813-11-19585L.N.332/195813-11-19586L.N.332/195813-11-1958AktaA35427-08-19767L.N.332/195813-11-1958L.N.118/196501-04-19658L.N.332/195813-11-1958Akta16029-08-197510L.N.118/196501-04-1965L.N.332/195813-11-195813Akta16029-08-197516L.N.332/195813-11-1958AktaA32410-01-197617L.N.332/195813-11-1958L.N.118/196501-04-196518L.N.118/196501-04-196519L.N.118/196501-04-1965