Skip to content

Seksyen 12

Penalti bagi ancaman, dsb., kepada saksi

of Akta Suruhanjaya Siasatan 1950

ActIn forceProvision 12 of 22
Seksyen 12
(1)

Mana-mana orang yang menghalang atau cuba menghalang mana-mana orang daripada memberikan keterangan di hadapan Pesuruhjaya atau dengan ancaman, menakutkan atau cuba menakutkan mana-mana orang memberikan keterangan itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi dua tahun.

(2)

Mana-mana orang yang mengancam, mencela atau mencederakan mana-mana orang kerana telah memberikan keterangan, atau disebabkan oleh keterangan yang telah diberikan di hadapan Pesuruhjaya, melakukan suatu kesalahan dan boleh dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi dua tahun.