Seksyen 4
Kuasa untuk menambahkan atau menggantikan Pesuruhjaya
of Akta Suruhanjaya Siasatan 1950
Yang di-Pertuan Agong atau Pihak Berkuasa Negeri mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, dari semasa ke semasa, menambahkan orang yang dinamakan dalam mana-mana Tauliah itu, dan dalam hal mana-mana orang yang dilantik atau ditambahkan di bawah Akta ini mati atau meletakkan jawatan atau berhasrat supaya dilepaskan atau enggan atau menjadi tidak berupaya menjalankan tugasnya, Yang di-Pertuan Agong atau Pihak Berkuasa Negeri mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh melantik seorang Pesuruhjaya baru sebagai gantinya, dan segala kuasa dan kewajipan yang diberikan dan dipertanggungkan oleh Akta ini kepada seseorang Pesuruhjaya hendaklah dijalankan dan dilaksanakan oleh Pesuruhjaya yang ditambahkan atau dilantik sedemikian.
(2)
Apabila seorang Pesuruhjaya baru telah dilantik di bawah subseksyen (1) tidak perlu bagi apa-apa keterangan yang boleh diambil di hadapan Suruhanjaya itu sebelum pelantikan itu diambil semula.