Skip to content
In forceUpdated to 29 Feb 2000Read it in English

21. Perlindungan bagi Pesuruhjaya dan saksi

Feedback & support
(1)

Tiada Pesuruhjaya boleh dikenakan apa-apa guaman atau prosiding lain bagi apa-apa perbuatan atau perkara yang dilakukan olehnya sebagai Pesuruhjaya.

(2)

Segala keterangan yang diberikan bagi maksud apa-apa siasatan di bawah Akta ini terlindung secara mutlak supaya saksi yang memberikan keterangan itu tidak boleh dikenakan apa-apa guaman atau prosiding sivil lain berkenaan dengan keterangan itu.

Report