Seksyen 3
Terma Tauliah
of Akta Suruhanjaya Siasatan 1950
Suatu Tauliah yang dikeluarkan di bawah seksyen 2 hendaklah menyatakan perkara siasatan itu dan boleh, menurut budi bicara Yang di-Pertuan Agong atau Pihak Berkuasa Negeri mengikut mana-mana yang berkenaan—
(a)
jika terdapat lebih daripada seorang Pesuruhjaya, mengarahkan—
(i)
Pesuruhjaya mana yang menjadi Pengerusi; dan
(ii)
bilangan Pesuruhjaya yang akan membentuk suatu kuorum;
(b)
mengarahkan di mana dan bila siasatan itu boleh diadakan dan laporannya akan diserahkan;
(c)
mengarahkan sama ada siasatan itu atau mana-mana bahagiannya boleh diadakan atau tidak boleh diadakan secara terbuka; dan
(d)
amnya menetapkan bagaimana Tauliah itu boleh dilaksanakan.
(2)
Apabila Tauliah itu menyatakan bilangan Pesuruhjaya yang akan membentuk kuorum, bilangan Pesuruhjaya yang dinyatakan sedemikian boleh, dalam ketiadaan Pesuruhjaya yang lain itu, menjalankan segala atau mana-mana kuasa yang diberikan kepada Pesuruhjaya itu oleh Akta ini.