Skip to content

Seksyen 9

Jurubahasa

of Akta Suruhanjaya Siasatan 1950

ActIn forceProvision 9 of 22
Seksyen 9
(1)

Pesuruhjaya hendaklah mempunyai kuasa melantik manamana orang, sama ada pegawai awam atau bukan, untuk bertindak sebagai jurubahasa dalam apa-apa perkara yang dibawa di hadapan mereka dan untuk menterjemahkan apa-apa buku, catatan atau tulisan yang dikemukakan kepada mereka.

(2)

Mana-mana jurubahasa yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah membuat dan menandatangani di hadapan Pesuruhjaya ikrar yang berikut:

"Saya, ... dengan sesungguhnya mengaku dan berikrar bahawa saya akan dengan taatnya melaksanakan tugas jurubahasa dan akan dengan sebenarnya menterjemahkan soalan yang dikemukakan dan jawapan yang diberikan oleh saksi dan juga penyataan yang dibuat oleh Pesuruhjaya dan akan dengan sebenarnya menterjemahkan atau menghuraikan dan menyalinkan segala dokumen yang diamanahkan kepada saya bagi maksud itu dengan sedaya upaya saya, dan bahawa saya tidak akan, kecuali sebagaimana yang dibenarkan oleh Pesuruhjaya secara langsung atau secara tidak langsung mendedahkan kandungan apa-apa dokumen yang diamanahkan kepada saya, dan juga keterangan yang diberikan oleh saksi yang telah diterjemahkan oleh saya."