Skip to content
In forceUpdated to 29 Feb 2000Read it in English

15. Cara menguruskan penghinaan

Feedback & support
(1)

Jika suatu perbuatan penghinaan dilakukan dalam kehadiran Pesuruhjaya apabila bersidang sebagai Suruhanjaya, Pesuruhjaya itu boleh, selepas mendengar pembelaan pesalah itu menjatuhkan hukuman ke atasnya dengan serta-merta mengikut seksyen 13.

(2)

Dalam apa-apa hal lain Pesuruhjaya boleh menyaman pesalah itu supaya hadir di hadapan mereka pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam saman itu, di situ untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak boleh dihakimi sebagai telah melakukan suatu perbuatan penghinaan dan diuruskan mengikut seksyen 13.

(3)

Jika mana-mana orang yang telah disaman mengikut subseksyen (2) tidak hadir pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam saman itu, Pesuruhjaya boleh mengeluarkan suatu waran memaksa kehadiran orang itu.

Report