/akn/my/act/act/1957/492

AKTA BISKOP ROMAN KATHOLIK (PEMERBADANAN) 1957

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1957
Sections
15
Languages
EN · MS

Quick answer

About this act

AKTA BISKOP ROMAN KATHOLIK (PEMERBADANAN) 1957 is Malaysia Act, cited as Act 492 1957, currently marked in force and first recorded in 1957.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk memperbadankan Titular Roman Catholic Bishop of Malacca Johore, Titular Roman Catholic Bishop of Kuala Lumpur dan Titular Roman Catholic Bishop of Penang dalam Malaysia dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [15 Ogos 1957] Tajuk ringkas

Seksyen 3

Pemerbadanan Roman Catholic Bishop of Kuala Lumpur

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perbadanan Kuala Lumpur boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap perihalan harta alih dan harta tak alih dan boleh menjual, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadaijanjikan, mendemis, menyerahakkan semula, memindahmilikkan atau selainnya melupuskan apa-apa harta alih atau harta tak alih yang terletak hak padanya atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Perbadanan itu dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya berkenaan dengan harta itu dalam mana-mana Mahkamah.

Perubahan nama berkenaan dengan Titular Roman Catholic

Bishop of Kuala Lumpur

Suggest a correction

Seksyen 3A

Open as pageSuggest a correction

(2)

Semua harta tak alih yang sebaik sebelum 15 Mac 1974 terletak hak pada Titular Roman Catholic Bishop of Kuala Lumpur hendaklah pada hari itu terletak hak pada Titular Roman Catholic Archbishop of

Kuala Lumpur.

Suggest a correction

(3)

Perubahan nama yang diperuntukkan oleh seksyen ini tidak boleh menyentuh mana-mana hak atau obligasi Titular Roman

Catholic Archbishop of Kuala Lumpur atau mencacatkan apa-apa prosiding undang-undang oleh atau terhadapnya; dan apa-apa prosiding undang-undang yang boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadapnya sebelum tarikh itu boleh diteruskan atau dimulakan di bawah nama baharunya.

[Akta 131, s. 2—berkuat kuasa daripada 15-03-1974]

Roman Catholic Bishops (Pemerbadanan) 7

Pemerbadanan Roman Catholic Bishop of Penang

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perbadanan Pulau Pinang boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap perihalan harta alih dan harta tak alih dan boleh menjual, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerah balik dan memulangkan, menggadaijanjikan, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau selainnya melupuskan apa-apa harta alih atau harta tak alih yang terletak hak padanya atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya berkenaan dengan harta itu dalam mana-mana Mahkamah.

Pemerbadanan Titular Roman Catholic Bishop of Malacca Johore

Suggest a correction

Seksyen 4A

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perbadanan Melaka Johor boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap perihalan harta alih dan harta tak alih dan boleh menjual, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerah balik dan memulangkan, menggadaijanjikan, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau selainnya melupuskan apa-apa harta alih atau harta tak alih yang terletak hak padanya atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Perbadanan itu dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya berkenaan dengan harta itu dalam mana-mana Mahkamah.

Pemindahmilikkan harta tertentu

Suggest a correction

Seksyen 4B

Open as pageSuggest a correction

(2)

Semua harta alih dan harta tak alih yang disebut dalam subseksyen (1) dan semua hak estet dan kepentingan di dalamnya adalah dengan ini diletak hak pada Perbadanan Melaka Johor bagi hak estet dan kepentingan yang berkaitan baginya dan Perbadanan Melaka

Johor hendaklah mempunyai kuasa penuh bagi menguruskan harta tersebut.

[Akta 131, s. 4—berkuat kuasa daripada 15-03-1974]

Pengganti dalam jawatan

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tidak boleh ada dalam mana-mana satu Diocese pemegang bersama bagi mana-mana dua jawatan Archbishop atau Bishop, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan Administrator Apostolic atau Vicar Capitular; dan apa-apa surat kuasa wakil yang diberikan oleh mana-mana satu orang daripada mereka hendaklah terhenti menjadi sah apabila pemberi surat kuasa wakil itu berhenti mentadbir hal ehwal Diocese yang berkenaan.

Suggest a correction

Seksyen 7

Penggunaan meterai perbadanan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang menghendaki meterai

Perbadanan

Pulau

Pinang hendaklah dimeteraikan dengan meterai Perbadanan Pulau Pinang di hadapan

Titular Roman Catholic Bishop of Penang pada masa itu atau semasa jawatan itu kosong di hadapan Administrator Apostolic atau Vicar

Capitular of the Diocese of Penang, mana-mana yang berkenaan, atau

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 492

wakil mana-mana seorang daripada mereka yang diberi kuasa dengan sewajarnya melalui suatu salinan benar surat kuasa wakil atau suatu salinan pejabat surat kuasa wakil yang telah didepositkan mengikut seksyen 4 Akta Surat Kuasa Wakil 1949, dan hendaklah juga ditandatangani oleh Bishop tersebut atau oleh Administrator Apostolic atau Vicar Capitular tersebut, mana-mana yang berkenaan, atau wakil mana mana daripada mereka seperti yang disebut terdahulu.

Suggest a correction

(3)

Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang menghendaki meterai

Perbadanan

Melaka

Johor hendaklah dimeteraikan dengan meterai Perbadanan Melaka Johor di hadapan

Titular Roman Catholic Bishop of Malacca Johore pada masa itu atau semasa jawatan itu kosong di hadapan Administator Apostolic atau

Vicar Capitular of the Diocese of Malacca Johore, mana-mana yang berkenaan, atau wakil mana-mana seorang daripada mereka yang diberi kuasa dengan sewajarnya melalui suatu salinan benar surat kuasa wakil atau suatu salinan pejabat yang telah didepositkan mengikut seksyen 4 Akta Surat Kuasa Wakil 1949, dan hendaklah juga ditandatangani oleh Bishop tersebut atau oleh Administrator Apostolic atau Vicar Capitular tersebut, mana-mana yang berkenaan, atau wakil atau mana-mana seorang daripada mereka yang disebut terdahulu.

Suggest a correction

(4)

Penandatanganan sedemikian hendaklah menjadi dan dikira sebagai keterangan yang mencukupi bahawa meterai tersebut telah dicapkan dengan sewajarnya dan sepatutnya dan bahawa meterai itu ialah meterai yang sah bagi Perbadanan Kuala Lumpur, Perbadanan

Pulau Pinang atau Perbadanan Melaka Johor, mana-mana yang berkenaan.

Pemberitahuan

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

Suatu pemberitahuan dalam Warta bagi pelantikan mana-mana orang untuk menjalankan jawatan Roman Catholic Archbishop of

Kuala Lumpur, Roman Catholic Bishop of Penang atau Roman

Catholic Bishop of Malacca Johore atau Administrator Apostolic atau

Vicar Capitular of the Diocese of Kuala Lumpur, Diocese of Penang atau Diocese of Malacca Johore, mana-mana yang berkenaan, hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa orang itu telah diberi kuasa dengan sewajarnya untuk menjalankan jawatan tersebut.

Roman Catholic Bishops (Pemerbadanan) 11

Seksyen 9

Pejabat di Malaysia

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perbadanan Pulau Pinang hendaklah mempunyai suatu pejabat di Malaysia yang beralamat di Cathedral of the Assumption, Pulau

Pinang.

Suggest a correction

(3)

Perbadanan Melaka Johor hendaklah mempunyai suatu pejabat di Malaysia yang beralamat di Cathedral of the Immaculate

Conception, Johor Bahru.

Pemansuhan

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

Ordinan dan Enakmen yang dinyatakan dalam Jadual kepada Akta ini setakat Ordinan dan Enakmen menyentuh Malaysia adalah dengan ini dimansuhkan.

Seksyen 11

Kecualian bagi Pemerintah dan hak lain

Open as pageSuggest a correction

Tiada apa-apa yang terkandung dalam Akta ini boleh menyentuh hak Baginda Ratu atau Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja bagi

Negeri-Negeri Melayu atau hak mana-mana badan keperlembagaan atau pertubuhan perbadanan atau hak mana-mana orang lain kecuali apa-apa hak sebagaimana yang disebut dalam Akta ini dan orang yang menuntut melalui, daripada atau di bawah mereka.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 492

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

[Seksyen 10]

1. Ordinan Negeri-Negeri Selat Roman Catholic Bishop [N.N.S. Bab. 256].

2. Enakmen Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Pemerbadanan Titular Roman

Catholic Bishop of Malacca [N.N.M.B. Bab. 100].

3. Enakmen Negeri Johor Pemerbadanan Titular Roman Catholic Bishop of

Malacca [En. Johor No 141].

4. Enakmen Negeri Kelatan Pemerbadanan 1937 setakat ianya berhubung dengan

Titular Roman Catholic Bishop of Malacca [En. Kelantan 6 tahun 1937].

5. Enakmen Kedah No. 122 (Pemerbadanan Titular Roman Catholic Bishop of

Malacca) [En. Kedah No. 122].

13

Akta 492

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

P.U. 332/1958

Perintah

Perlembagaan

Persekutuan

(Pengubahsuaian

Undang-Undang) (Ordinan dan

Perisytiharan) 1958

13-11-1958

Akta 131

Akta Bishop-Bishop Roman

Catholic (Tukaran Nama dan

Perbadanan) 1974

15-03-1974

14

Akta 492

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

Mukadimah

2

Akta 131 15-03-1974

4A

Akta 131 15-03-1974

5

Akta 131 15-03-1974

6

Akta 131 15-03-1974

7

Akta 131 15-03-1974

8

Akta 131 15-03-1974

9

Akta 131 15-03-1974

Common questions

What is ROMAN CATHOLIC BISHOPS (INCORPORATION) ACT 1957?
AKTA BISKOP ROMAN KATHOLIK (PEMERBADANAN) 1957 is Malaysia Act, cited as Act 492 1957, currently marked in force and first recorded in 1957.
Is ROMAN CATHOLIC BISHOPS (INCORPORATION) ACT 1957 still in force?
Yes — ROMAN CATHOLIC BISHOPS (INCORPORATION) ACT 1957 is currently in force.
When did ROMAN CATHOLIC BISHOPS (INCORPORATION) ACT 1957 take effect?
ROMAN CATHOLIC BISHOPS (INCORPORATION) ACT 1957 was first recorded in 1957.
How many sections does ROMAN CATHOLIC BISHOPS (INCORPORATION) ACT 1957 have?
ROMAN CATHOLIC BISHOPS (INCORPORATION) ACT 1957 contains 14 sections.
Where can I read the official version of ROMAN CATHOLIC BISHOPS (INCORPORATION) ACT 1957?
The official text of ROMAN CATHOLIC BISHOPS (INCORPORATION) ACT 1957 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA BISKOP ROMAN KATHOLIK (PEMERBADANAN) 1957 (No. 492)